Terkini!! Tan Sri Jins Shamsudin Kini Uzur Dan Perlukan Jagaan Rapi.. Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR: Seniman negara, Tan Sri Jins Shamsuddin, 77, kini uzur dan memerlukan penjagaan rapi sehingga tidak boleh dibiarkan bersendirian di rumah.
Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, berkata kebanyakan teman Jins tidak mengetahui keadaan terkini kesihatan suaminya kecuali teman rapat.
“Sejak tamat perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara setahun lalu, Jins kini lebih banyak meluangkan waktu di rumah dengan menonton televisyen dan membaca,” katanya selepas kepimpinan Persatuan Darul Ridzuan (PDR) melawat pelakon veteran itu di kediamannya di Kampung Pasir, dekat sini, semalam.
Sumber- PToday

Inilah Wajah Janda Muda Beranak Satu Yang Ditangkap Khalwat Dengan Pasangannya Yang Berkeja Sebagai Kontraktor Ketika Diserbu JAIS Jam 4.00 Pagi.. Apa Kejadahnya Nie!!!!


Janda dicekup khalwat
Ahmad Nawi menyoal siasat janda dan pasangannya
AMPANG - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.
Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini.
Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.

Apa Dah Jadi Di Hari Kedua Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66?? Gambar2 Ini Ada Ceritanya...


Bukit Jalil: Hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.

Hanya segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.

Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.

Tiada seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnya kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.

Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.

“Hari ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan datang pada sebelah tengahari,” kata seorang yang enggan dikenali selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.

Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.

Malah, kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah berkenaan.

Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT (terjemahan bebas -GB)


Sumber- greenboc

Inilah Video2 Jaringan Gol Perlawanan Antara Lions XII Vs Kedah - Kenari Hanya Pulang Satu Mata.. Tahniah!!!

Keputusan Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 - Tuan rumah Singapura seri 3-3 dengan Kedah di Stadium Jalan Besar. Gol Lions XII dijaringkan oleh Shahril Ishak manakala gol penyamaan Kedah dijaringkan oleh Khryl Muhaimin.

Gol-gol lain Lions XII dijaringkan Sufian Anuar dan Baihaikki Khaizan manakala gol Kedah oleh Amar Rohidan dan Vedran Gerc.



Video Gol Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 Jaringan Shahril Ishak 



Video Gol Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 Jaringan penyamaan Khryl Muhaimin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.