Pendedahan Panas!!! Memang Patut Pun Depa Kena Tolong BN Bagi Menang : Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Dan Timbalannya Adalah Ahli Umno.




Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli Umno.

Saifuddin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung keahlian tersebut, turut mencabar kedua-dua peneraju SPR itu supaya menafikan perkara itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

NONE"Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Saya juga ada maklumat di cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," kata Saifuddin seperti dipetik akhbar tersebut.

Beliau menimbulkan perkara itu ketika perhatian umum pada waktu ini tertumpu kepada perhimpunan untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 3.0 yang akan berlangsung pada Sabtu.

Katanya lagi, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan sekiranya Abdul Aziz dan Wan Ahmad tidak menafikan perkara itu.

"Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno."

Anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak, kata ahli parlimen Machang itu lagi dalam laporan tersebut.


Sumber: MKini

Isu Undang2 Menghalang Fatwa Dicabar Di Mahkamah: Tuanku Sultan Kedah Sudah Setuju, Kenapa Kerabat Diraja Lapor Polis?


Kerajaan Kedah mempersoalkan tindakan seorang kerabat diraja negeri yang membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati terhadap penggubalan undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUIN) bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri Kedah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, tindakan itu tidak wajar kerana sebelum pindaan terhadap Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 dibentangkan, Sultan Kedah sudah memperkenankannya.

azlan"Tuanku sudah bersetuju. Sebelum kita bentangkan, kita mengadap Tuanku dan dah dapat perkenan pun. Buat apa ada yang nak buat laporan polis semua?” kata Mohamad Taulan.

Pada 22 April lalu, Tunku Mansor Tunku Kassim membuat laporan di ibupejabat polis Alor Setar kerana mendakwa pindaan tersebut memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.
Dalam laporan itu, Tunku Monsor - anak Tunku Kassim yang menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat - mendakwa, Seksyen 22A yang diluluskan seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan kedah sebagai ketua agama Islam negeri.

NONESementara itu, ketika ditanya tentang pandangan tokoh agama yang mempersoalkan tindakan Kedah itu, Mohamed Taulan berkata, kenyataan itu dikeluarkan disebabkan kurang faham dan kurang maklumat.

Mufti dan bekas mufti Perlis – Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin – sebelum ini menyambut dingin tindakan itu dengan menganggapnya sebagai menyalahi amalan ulama besar, tidak demokratik dan “mematikan intelektual”.

"Mereka ini tidak baca keseluruhan enakmen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

'Mufti Perlis, Asri kurang faham'


Jelasnya, pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini sepatutnya berjumpa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sebelum memberi sebarang komen.

islam and judiciary judgement"Mereka patut datang dan jumpa dengan kita. Dia tak jumpa dah nak komen. Mereka ini kurang maklumat dan kurang faham tentang enakmen ini,” kata Mohamad Taulan.

Jelasnya, pindaan terhadap seksyen 22A itu harus dibaca bersama dengan Seksyen 23 yang menjelaskan fatwa boleh dikaji semula dan dirujuk kepada jawatankuasa fatwa.

“Kita akan rujuk orang bijak pandai dalam agama dan berbincang balik kalau ada yang tak puas hati tentang sesuatu fatwa," katanya lagi.

MP Shah Alam Dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Klang : Mengajar Tanpa Tauliah

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Klang kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang, pada 16 Ogos tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.

NONEBeliau dituduh mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS diwakili peguam Muhamad Burok, manakala pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Muhamad Saufi Mastorlani.

Hakim Norafizi Fitri Ab Manaf juga melepas tertuduh dengan jaminan RM1,500 yang dibayar oleh seorang penjamin.

Hakim juga menetapkan tarikh 7 Jun depan untuk sebut semula kes tersebut.

Inilah Gambar Banglo 3 Tingkat Bernilai RM4 juta Didakwa Milik Artis Yang Dikaitkan Dengan Menteri Iaitu DS Shafie Afdal.. Jom Terjah!!!




(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki 


seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang)

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.



Sumber|carigold.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.