Panduan Penting!!! Jika Rindukan Seseorang, Pejamkanlah Mata Dan Ucapkanlah...



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
” Ya Allah Aku rindukannya karenaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI  hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah karena memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih karena memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..”

Panas!!! PKR Dakwa Pengarah Sewa Aset Peribadi Kepada NFC.. Jom Terjah!!!



PKR meneruskan pendedahan terhadap National Feedlot Corporation (NFC), kali ini berhubung dakwaan bahawa pengarahnya menyewa harta peribadi mereka kepada syarikat tersebut untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

NONEPengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli (tengah dalam gambar)
berkata carian di Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta menunjukkan bahawa dua unit pejabat yang digunakan oleh NFC adalah dimiliki pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya yang juga pengarah syarikat itu, Wan Shahinur Izran Salleh.

Berdasarkan akaun kewangan NFC yang didedahkan oleh Rafizi, unit-unit tersebut yang terletak di Solaris Mont Kiara, disewa daripada kedua-dua mereka, masing-masing pada kadar RM28,000 dan RM8,240 sebulan.

Carian itu juga menunjukkan bahawa Izran memiliki premis restoran Meatworks, yang digunakan oleh syarikat bersekutu NFC, Real Food Company.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi Real Food Company, tetapi percaya Izran juga menerima bayaran sewa yang lumayan dari dua premis restoran miliknya itu.

Gambar-Gambar Dahsyat 'Jalanraya Berdarah' Kemalangan Ini Ngeri Sangat...



Memang dahsyat apabila berlakunya kemalangan jalan raya. Ia boleh mengakibatkan maut kepada pengguna jalan raya. Hari ini Hackers nak tunjukkan satu informasi untuk ditunjukkan kepada semua pembaca blog ini mengenai kemalangan lori cili sos di China. Tentu anda tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya.




 


Ia memang teruk bila anda melihat gambar di atas. Ia seperti darah mengalir di jalan raya. Pemandu lori tersebut difahamkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam kemalangan ini. Akibat kemalangan ini, pengguna jalan raya mengambil kesempatan mengambil guni yang dipenuhi cili yang masih elok di jalan raya. Mana tidaknya, dah depan mata, sebat sahajalah..Rezeki jalan ditolak..


Sumber | terowonginformasi

Skandal Hubungan Intim Artis Nie Dengan Menteri Makin Membahang - "Biarlah Tuhan Yang Menghakimi Saya, Kamu Jangan Jaga Tepi Kain Saya..."


Artis Zahida Rafik yang menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal, terus menjawab siri mesej dihantar oleh peminat dan rakannya menerusi Twitter tetapi menegaskan, dia "tidak kisah dengan apa orang ramai" bercakap mengenai dirinya.

“Saya di sini bukannya hendak memuaskan hati semua orang dan saya tidak kisah akan apa yang orang ramai buat tanggapan terhadap diri saya, kerana ini adalah kehidupan saya dan saya percaya akan Tuhan,” kata Zahida dalam salah satu mesej yang dihantar lewat malam semalam.

Lewat petang semalam, Shafie secara terbuka menafikan dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis, yang dibuat oleh Noor Azman bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Sambil menekankan bahawa dia masih "kuat semangat", Zahida berkata, orang ramai kemungkinan akan membencinya kerana isu semasa ini.

Bagaimanapun jelasnya, dia tetap sentiasa senyum kerana percaya pada dirinya dan juga Tuhan yang maha mengetahui semuanya.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati beberapa mesej yang agak 'pedas' telah dipadamkan daripada senarai mesej akaun beliau semalam.

Menjawab salah satu mesej, Zahida juga ada mengatakan bahawa "biarlah Tuhan yang menghakimi saya, kamu jangan jaga tepi kain saya okey."

Walau bagaimanapun, melalui laman sosial Twitternya dia penah mengatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri dengan perkara ini, malah dia telah pun berunding dengan peguamnya bagi menuntut bela.

Melalui laman sosial Twitternya juga, Zahida juga ada dihina dan dilemparkan kata-kata yang tidak elok dan tidak menyenangkan oleh segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dengannya.

Zahida tetap bersabar dalam menghadapi semua dugaan itu dan meneruskan semangatnya untuk terus menjawab soalan dan pertanyaan peminatnya.

Bagi Zahida, biarlah apa orang hendak menganggapnya kerana yang penting dia tahu akan dirinya yang sebenar.

Zahida turut mendapat simpati dan sokongan daripada segelintir pihak yang mengambil berat akan dirinya dan juga sentiasa bertanya akan perkembangan terbarunya mengenai isu semasa diri beliau.

Dikenali sebagai Azmir Husni laman sosial Twitternya beliau pernah berkata, “kepada Zahida, harap bersabar dengan dugaan fitnah-memfitnah ini, kita orang sokong dari belakang."

Tidak lupa juga peminat Zahida yang lain dikenali sebagai Zarul Azwan yang turut bertanyakan khabar tentang Zahida dan juga menasihati Zahida supaya berbuat tidak endah sahaja dengan semua anggapan orang ramai itu.

Sehubungan itu, Zahida kini merasa lebih tenang dan tenteram kerana banyak pihak yang turut memberi sokongan dan dorongan terhadap dirinya mengenai isu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.