Inilah Gambar Kereta Ferrari Merah Yang Sedang Terbakar di Lebuhraya Kajang-Seremban Dekat Mantin


SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

- Bernama

Bola Sepak Liga Super: Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 2012 Yang Berlangsung Semalam



SARAWAK 0 - 1 LIONSXII

JOHOR FC 1 - 3T-TEAM

NEGERI SEMBILAN 2 - 1 KEDAH

PERAK 0 - 2 KELANTAN

SELANGOR 3 - 0 KUALA LUMPUR

TERENGGANU 6 - 3 SABAH
 
 

Bapa Awah Dirang Dibebaskan... Tapi Diusir Ke Filipina, Jom Terjah..Kenapa?


Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan polis supaya membebaskan bapa mangsa pembunuhan kejam, Nurul Nadirah Abdullah untuk diusir ke negara asalnya, Filipina, atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sehubungan itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan merujuk lelaki yang ditahan di Bandar Seri Alam pada 8 Mac lalu itu kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Dia diusir kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri," .

Gulingkan Kerajaan : S/U Umno Selangor Dakwa NDI Sediakan Buku Manual Bagi Jatuhkan Kerajaan Cara Tidak Demokratik....


Sebelum ini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.


Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama - fitnah sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Cuba korang baca apa pula kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center pasal buku NDI kat bawah ni..

Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'

SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau.


Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.