Ada Video: Ahmad Idham Tiada Niat Persenda Kalimah Syahadah, Apa Kata Tokoh Agama Ustaz Azhar Idrus Dalam Isu Filem Hantu Bonceng

Ahmad Idham Nadzri

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog ini mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu...Syaitan."

Bagaimanapun jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

"Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

"Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH"tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.


Kad Kahwin Eksklusif Nabil, Raja Lawak dan Zira - Begitu Fantastik!! Tahniah...

Betul-betul otak kartun Nabil ni. Dari tema Wonderland untuk majlis perkahwinannya nanti hinggalah ke Kad kawin, semuanya gambar yang ada berkaitan dengan kartun. Sebelum ini Kad Kawin Nabil dan Zira yang biasa-biasa aje dah di edarkan pada awal hari raya tempoh hari. Ini adalah kad kawin Eksklusif Nabil dan Zira pula. Agaknya ini untuk tetamu jemputan yang eksklusif lah ye.
Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti. Pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku. Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,”kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira pandangan dari depan dan belakang
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira bahagian dalamnya
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira di I-City
Kad kawin eksklusif Nabil dan Zira bertema Wonderland

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu Tidak Mengaku Salah Di Mahkamah Seksyen, Mohon Dibicarakan...

BUTTERWORTH, 21 Sept — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Mohamad (gambar) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dan minta dia dibicarakan.

Beliau dibebaskan dengan diikat jamin RM15,000.

Mohamad dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Laporan Harakahdaily menyebut, pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguamnya mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub berkata, pemimpin PAS itu didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan terhadapnya berhubung ucapan kontroversi pada satu ceramah di Tasek Gelugor, 19 Ogos lalu.

“Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di George Town malam tadi.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Ceramah Mohamad telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.

Mohamad turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Laporan Berita Harian Online pula menyebut lebih 100 penyokong Mohamad berkumpul di pekarangan mahkamah sejak pukul 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Siapa Ustazah Kama Yang Dianggap Sebagai "Buah Hati" Kepada Ketua Penerangan UMNO Kedah? Jom Terjah...


Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk mewnulis artikel ini.


Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.

Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya.

Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya.

Untuk mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.

Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan.

Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.

kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan.

Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.


Tranungkite
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.