Gambar2 Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pagi Tadi

Sebiji telur berada dalam keadaan berdiri ketika berlakunya gerhana bulan penuh. Apakah ertinya semua ini? Subhanallah!!!



Fenomena gerhana bulan penuh telah berlaku pada awal pagi Khamis iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada 10 Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada awal pagi tadi.

# Fasa penumbra (P1) Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan Gerhana Bulan Penuh masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
# “Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.

# “Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,”

# Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
.. Penumbra jam 2.23 am

Gerhana Bulan Penuh 3.04 am



Klik link dibawah ini untuk menyaksikan Live Video Webcasting dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.

Ewah-Ewah!!! Gambar2 Sekitar Percutian Salih Yaakob Bersama 4 Isteri Dan Anak-Anak Di Negara China Baru-Baru Ini


gambar percutian sy dan keluarga

Respek. Nampak sangat kemesraan, kebahagiaan dan kerapatan kesemua isteri Salih Yaakob semasa pergi bercuti ke China baru-baru ini. Walaupun honeymoon untuk isteri baru, SY tetap membawa kesemua ahli keluarga yang lain untuk join honeymoon ini. Ini baru namanya adil dan saksama. Tak gitu?

Kepada lelaki di luar sana yang bercita-cita nak pasang dua, sila pergi menuntun dengan SY terlebih dahulu. Terima kasih kepada penghantar email yang sudi berkongsi gambar kegembiraan keluarga Salih Yaakob ini. Marilah kita sama-sama doakan agar kebahagian keluarga SY berkekalan sehingga bila-bila.

Lagi beberapa keping gambar percutian Salih Yaakob dan keluarga dengan membaca entri ini sepenuhnya.

gambar percutian sy dan keluarga
gambar percutian sy dan keluarga
gambar percutian sy dan keluarga
gambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluargagambar percutian sy dan keluarga

Sebelum Himpunan Bersih 2.0 - PAS Nyatakan Hasrat Berdialog Dengan SPR Terlebih Dahulu...


PAS berhasrat berdialog dan berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan BERSIH kedua pada 9 Julai ini.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertemuan itu sangat penting bagi memastikan tuntutan gabungan itu dapat dipenuhi.

"Pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR. Dialog dan Pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi.

"Tetapi ia jalan keluar bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini," katanya.

Tuan Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat bila pertemuan itu akan diadakan dan butiran terperinci tentang perkara itu.

Bayaran AS$10,000 (RM30,329) Hanya Untuk Bergambar Dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat.. Bila Wanita Pertama Malaysia Nak Tiru??


Michelle Obama berucap pada satu majlis amal di Beverly Hills, California kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,329) setiap seorang kepada sekumpulan pembida kaya untuk bergambar bersamanya dalam satu majlis makan tengah hari di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh 500 pembida itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu kempen politik suaminya, Presiden Barack Obama menjelang pilihan raya Presiden 2012.

Wanita pertama AS berkenaan dilaporkan berjaya mengumpul sebanyak AS$5 juta (RM15.1 juta) dengan hanya mempamerkan senyumannya dalam sesi bergambar bersama pembida-pembida terbabit.

Obama pula dijadual berucap di Pusat Arsht di Pantai Miami semalam, sebelum menghadiri satu majlis makan malam tertutup di lokasi sama.

Majlis makan malam di sebuah kediaman peribadi itu turut diadakan untuk mengumpul dana kempen politik Obama.

Presiden AS berusia 49 itu mengumumkan hasratnya mentadbir AS untuk penggal kedua pada Februari lalu.

Setiap tetamu dikenakan bayaran sebanyak AS$35,800 (RM108,529) untuk makan malam bersama presiden AS berkenaan.

- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.