Umno-BN Terperangkap Dengan Jerat Raja Petra - Kes Bunuh Altantuya Sharibuu Kembali Bergema

Setelah tiga tahun membuat perakuan bersumpah, Raja Petra Kamaruddin (PRK) akhirnya mencapai hasratnya supaya pihak berkuasa menyiasat kandungan keterangan itu bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Namun anehnya, yang akan menjalankan siasatan bukan polis, tetapi Angkatan Tentera Malaysia yang menggantung tugas Kolonel Azmi Zainal Abidin, individu yang dinamakan oleh RPK dalam kenyataan bersumpahnya itu.

altantuya razak baginda crime scene 180707 policeRPK mendakwa beliau diberitahu dari dua sumber lain bahawa Azmi mempunyai laporan perisikan yang mengesahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua pegawai ATM lain berada di tempat kejadian malam Altantuya dibunuh di sebuah hutan simpanan pada Oktober 2006.

Ketika itu, tidak ada siasatan dijalankan oleh mana-mana pihak, polis mahupun ATM bersabit isi kandungan kenyataan bersumpah itu.

Sebaliknya Raja Petra sendiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menfitnah Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Larikan diri

Khuathir terhadap keselamatan diri, Raja Petra yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu melarikan diri ke Australia dan menetap di sana dalam buangan.

NONESetelah tiga tahun berlalu, RPK mengambil keputusan dua bulan lalu untuk memberikan wawancara kepada TV3, sebuah stesen televisyen kawalan Umno.

Beliau mengumumkan dua perkara. Satu adalah RPK tidak lagi percaya Rosmah berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh, lebih-lebih lagi setelah beliau dimaklumkan bahawa laporan perisikan yang ada pada Kolonel Azmi telah “dimusnahkan” dan tidak ada salinan pendua.

Seperkara lagi yang turut menjadi muka depan di semua akhbar adalah bahawa Anwar tidak bijak menguruskan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam kes Rosmah-Altantuya – tentunya persoalan utama ialah kenapa hanya sekarang ATM bingkas menyiasat Kolonel Azmi yang menjadi pegawai kedua tertinggi dalam Cawangan Khas pada tahun 2008.

Tidak ada pula arahan daripada ATM ketika itu untuk Azmi membuat laporan polis bagi mengesah atau menafikan wujudnya laporan perisikan sedemikian ataupun kebenaran sama ada beliau berurus dengan ahli-ahli politik.

Dinaikkan pangkat

Sudah tentu ATM mempunyai akses kepada kenyataan bersumpah RPK pada tahun 2008 lagi, namun nampaknya tidak ada tindakan terhadap Azmi ketika itu, malah beliau dinaikkan pangkat dari Lt Kol menjadi Kolonel penuh.

Ada seperkara aneh mengenai “siasatan' yang diumumkan oleh Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin Jumaat lalu.

najib rosmah and altantuya murder caseAwal-awal lagi pemimpin tertinggi ATM itu mengumumkan bahawa laporan perisikan yang melibatkan Rosmah tidak wujud sama sekali dan Azmi telah berurusan dengan pembangkang dalam kapasiti peribadi beliau.

Bila dan bagaimanakan fakta-fakta ini terkumpul jika tidak ada siasatan dijalankan sebelum ini?.

Rumusan yang lojik adalah siasatan yang bakal dijalankan oleh ATM sudah tiga tahun lewat.

Persoalan juga menjurus kepada apakah jenis pembelaan yang boleh diharapkan oleh Kolonel Azmi jika awal-awal lagi Azizan mengisytiharkan laporan Rosmah-Altantuya tidak wujud dan beliau (Azmi) bertindak secara sendirian.

altantuya razak baginda crime scene 180707 mediaKetelusan siasatan terhadap Azmi tidak akan diketahui kerana tentunya Akta Rahsia Rasmi akan tertera dalam huruf besar pada kertas siasatan berkenaan.

Pendedahan RPK mengenai kes Altantuya yang cuba diuar-uarkan oleh media arus perdana sebenarnya menjerat kerajaan Umno, ATM dan polis sendiri.

Mereka terpaksa menjawab kenapa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh RPK sejak tiga tahun tidak disiasat sebelum ini.

Sengaja dihilangkan

Tidak dinafikan kemungkinan laporan perisikan yang dimaksudkan oleh RPK memang tidak wujud.

Namun apakah mungkin juga laporan itu “sengaja “dihilangkan”, justeru adalah selamat untuk pihak berkenaan tampil melakukan “siasatan” sekarang?

Selain ATM, adakah polis juga akan menyiasat Kol Azmi dan individu lain yang dinamakan dalam kenyataan bersumpah RPK?

“Pendedahan terbaru” RPK di TV3, kenyataan bersumpahnya tiga tahun lalu, dan keterangan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam hanya menzahirkan keperluan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pembunuhan Altantuya.

Umum tahu bahawa tawaran terbuka Bala untuk disoal siasat mengenai pengakuannya bahawa Najib ada berhubungan dengan Altantuya tidak disambut oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapa beri arahan?

Seperti RPK, Bala juga berada “dalam buangan” di luar negara kerana bimbangkan keselamatan diri namun rela bekerjasama dengan syarat keselamatan dirinya terjamin.

Masa sudah sampai untuk sebuah RCI ditubuhkan dan mendengar serta menilai keterangan dan bukti-bukti yang dibawa oleh Raja Petra, Bala, Deepak Jaikishen, Abdul Razak Baginda dan lain-lain.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedPersoalan-persoalan seperti siapa yang memberi arahan kepada dua pegawai polis untuk membunuh Altantuya, jika benar mereka yang bertanggung jawab, masih belum terjawab.

Begitu juga dengan hubung kait pembunuhan itu dengan komisyen RM500 juta untuk pembelian kapal selam ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Antara video lucah dan pembunuhan seorang warga asing yang melibatkan kepentingan negara, agaknya yang mana satu lebih mendesak untuk mengundang penubuhan RCI?


Wira Arjuna:- ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulisnya .

Tahniah.. Pengacara Popular MHI TV3, Ahmad Fedtri Yahya Akan Langsungkan Perkahwinan Pada 29 Mei 2011 Dengan Seorang Guru Fizik SMK Kepong.

Seorang peminat Fedtri Yahya berkongsi berita gembira menerusi email yang berbunyi:-

Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.

Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah.

Alhamdulillah. Semoga majlis ini berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT

Terkini!!! Pelakon Popular - Ustaz Amirul Akan Bertunang Dengan Seorang Doktor pada 23 April Nanti: Siaran Langsung Majlis Ini Akan Disiarkan Oleh TV9

PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak.

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.

Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti.

Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari.

Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama.

“Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu.

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya.

“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya: “Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah.

“Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak meghormati keputusan saya.”

Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi.

Ashraf mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.

AWAS!!! Inilah Alat Yang Digunakan Oleh Pencuri - Boleh Kesan Laptop Atau Peralatan Elektronik Walaupun Dalam Kereta


Alat Mencuri Komputer Riba Dan Alat Elektronik - Inductive Amplifier

Inductive amplifier adalah sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Ia adalah alat tanpa memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian komputer riba. Alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Komputer riba masih boleh dikesan miskipun disembunyi dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa komputer riba bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri komputer riba anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri komputer riba masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.