Selebriti Terkenal Ini Diupah Pihak Tertentu Ganggu Ceramah Pembangkang


TEMERLOH, 2 Mac: Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.

Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

“Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan,” kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

“Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni,” tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam.”


RENUNGAN BERSAMA

Calon BN, kata lulusan Azhar..Apa hukum pegang tangan nyonya.????


Gambar ni dirakam ketika upacara menyampaikan sumbangan Program Khidmat Masyarakat PTPTN di DUN Kerdau.

Hampir Keseluruhan Penjawat Awam Mempunyai Hutang ... Tahun 2009, 1,086 Penjawat Awam Bankrap

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Justeru, Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata, ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

"Ahli-ahli CUEPACS yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum," katanya.

- Bernama

PRK Merlimau Tercemar Dengan Tindakan Nakal & Kianat Pihak Tertentu

Kempen pilihan raya kecil dewan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis tersebut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

NONEKatanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Jom Terjah!! Suami Noryn Aziz Seorang VIP.. Siapa Yang Membuatkan Beliau Berubah Penampilan..

Noryn Aziz kini tampil lebih sopan.

SHAH ALAM: Ketika orang ramai heboh memperkatakan kononnya penyanyi Noryn Aziz, 35, sudah berumah tangga dengan salah seorang VIP, penyanyi itu bagaimanapun masih mahu merahsiakan mengenai desas desus tersebut.

Noryn berkata, dia enggan mengesahkan statusnya sebagai seorang isteri orang kerana menganggap hal tersebut terlalu peribadi untuk diceritakan secara umum.

"Maaf, ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Bagi saya, sesiapa yang tahu, tahulah. Kalau ada yang ingin tahu status sebenar saya, datang dan bertanya kepada saya, soalan itu akan dijawab dengan jujur dan ikhlas.

"Cuma saya tidak mahu menjawab soalan ini jika jawapannya dipaparkan secara umum.

"Ini kerana, ada beberapa perkara yang perlu dijaga dan saya mahu menyimpan hal ini secara peribadi," tuturnya yang ditemui pada majlis Pra-Pelancaran 'Divas Las Vegas' Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 2011, di sini, Selasa.

Tambah Noryn, dia enggan masyarakat fokus pada kisah peribadinya berbanding karier yang ingin ditonjolkan.

Sementara itu, bekas ahli kumpulan Sister Sister itu turut memberitahu bahawa dia bersyukur kerana berimej lebih sopan selepas menunaikan haji pada Oktober tahun lalu.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang berada dalam proses untuk menutup aurat. Saya mula berimej “turban” selepas menunaikan haji bersama kedua ibu bapa saya.

"Pengalaman mengerjakan haji memang menyeronokkan dan pada masa yang sama juga menginsafkan, susah untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Selama 46 hari tinggal sebilik bersama ibu dan ayah, kami lebih rapat, berbanding sebelum ini. Maklumlah, bila dah sibuk, kita jarang luangkan masa bersama keluarga.

"Banyak juga insiden-insiden yang berlaku sepanjang menunaikan ibadat di Mekah.

"Di sana, salah satu doa yang diminta ialah agar saya memperoleh kebahagiaan keluarga serta rumah tangga pada masa depan serta di akhirat," tuturnya.

Dalam pada itu, Noryn juga memberitahu, walaupun sudah bergelar hajah, dia masih lagi menjadi penyanyi seperti biasa, tetapi lebih kepada penampilan yang sopan.

"Ketika saya mula nekad untuk memakai “turban”, masa itulah pelbagai tawaran nyanyian serta penajaan yang datang dan kebanyakannya memerlukan saya tampil dengan imej yang mendedahkan.

"Bagaimanapun, saya tolak dan menganggapnya sebagai cabaran dan dugaan yang datang daripada Allah S.W.T," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.