Para Blogger Pakatan Makin Mandom - Blogger UMNO Menyerang Habis-habisan Untuk PRK Dun Kerdau dan Merlimau... Renung2kan...

Pagi ini saya melakukan carian maklumat di blog, Facebook dan Twitter mengenai pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau. Saya gunakan beberapa laman carian media sosial untuk menerokai apa saja tulisan mengenai pilihanraya kecil itu. Apa yang saya dapati agak memeranjatkan: Lebih banyak tulisan / posting positif mengenai Barisan Nasional berbanding PAS. Komentar yang menyokong calon PAS juga tidak banyak dalam blog, Facebook atau Twitter.

Fenomena ini jauh berubah berbanding pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh dan Bagan Pinang di mana aktivis media sosial PR bersungguh-sungguh membantu calon-calon mereka. Saya mula merasai penurunan sokongan di media sosial ini sejak PRK Hulu Selangor apabila calon PKR Dato' Zaid Ibrahim walaupun disokong oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, tetapi kelihatan seperti ditolak oleh ahli-ahli PAS.

Calon PKR Hulu Selangor Dato' Zaid Ibrahim walaupun direstui oleh Dato' Nik Aziz Nik Mat, tetapi tidak disokong oleh aktivis PAS di media sosial.
Bagi pengkaji politik dan media, agak menarik untuk kita bertanya soalan-soalan berikut:

Adakah ini bermaksud PR mengutamakan PRU13; tidak pilihanraya kecil yang menghabiskan sumber tetapi tidak memberikan apa-apa impak yang signifikan kepada mereka?

Atau, PR seperti juga rakyat seluruhnya sudah keletihan kerana terlalu banyak pilihanraya kecil - setakat ini sudah masuk kali ke 16!

Mungkinkah, BN belajar dari kesilapan dalam pilihanraya umum lalu dan mula memantapkan peperangan di media sosial - menentukan apa saja isu dijawab dengan pantas? Ini berbeza dengan sebelum ini di mana BN menganggap isu-isu yang dibawa oleh PR sebagai remeh dan tidak perlu dilayan. Kata mereka, "Tak Pa Lah!"

Atau, adakah ini merupakan petanda rakyat mula menghargai inisiatif Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kelihatan bekerja keras memenuhi harapan mereka (contoh: sini, sini, dan sini).

Sementara kita tidak mempunyai data yang cukup untuk mentafsirkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, namun saya percaya sedikit-sebanyak apa yang ada dalam media sosial mencerminkan sentimen rakyat secara keseluruhannya terhadap kecenderungan politik mereka!

SUMBER

Kes PKFZ: Bekas Menteri Pengangkutan Menipu Perdana Menteri, Dibebas Dengan Ikat Jamin RM1juta

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu berhubung skandal Zon bebas Pelabuhan Klang.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Chan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Langsung Dari Mahkamah - Kes DS Anwar : Peguambela Persoalkan Masa Sebenar Tidak Selari Dengan CCTV

Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

NONEPeguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu itu naik ke tingkat 5 pada jam 2.42 petang.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondominium berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

desa damansara condominium 020708"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Sankara (kiri) kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," kata Fauziah cuba mempertahankan dirinya.

Fauziah juga mengakui analisais yang dilakukannya itu adalah rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

NONEKetua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," katanya.

Gempar!! Calon PAS, Yuhaizad Menderhaka Kepada Umno... Anak Bekas Ketua Kampung Chincin Jasin


Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.

Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.

Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin. Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.