Terkini: Polis Akui Tiada Bukti Teoh Cuba Lompat Dari Tingkap

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat daripada sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

NONEMenurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar rangka tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar daripada tingkap berkenaan.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Julai 2009 selepas beliau disiasat semalaman sebagai saksi.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar mengikut tingkap mereka akan memegang rangka tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Semakan Kehakiman: Kes Datuk Sosilawati - Dua Pekerja Ladang Dihukum Penjara 20 Tahun Berbanding 7 Tahun Sebelum Ini

sosilawati

Datuk Sosilawati Lawiya dibunuh dengan kejam


SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian selepas berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.
- BERNAMA

Melaka Lebih Hebat Dari Selangor Dakwa KM Melaka.. Boleh Percaya Ka?

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan PAS kini menyibuk apabila menyifatkan projek Melaka International Motorsport Circuit (MIMC) berhampiran Tol Plaza Ayer Keroh yang disita sejak Ogos tahun lalu sebagai projek 'gajah putih'.

NONE"Yang PAS nak sibuk-sibuk ni kenapa, mereka bukannya main go kart, mereka main fitnah. Kami orang muda main go kart jadi kerajaan negeri buatlah.

"Kita serahkan pengurusannya kepada sebuah syarikat yang biasa dengan sukan ini tetapi pihak pengurusannya iaitu sebuah syarikat dari Selangor gagal melunaskan beberapa bayaran sepatutnya termasuk sewa jadi kita rampaslah.

"Mereka tidak puas hati heret kita pergi mahkamah. Jadi kes itu sekarang masih dalam peringkat perbicaraan di mahkamah. Kita tidak bolehlah teruskan buat sementara menunggu perbicaraan.

"Apa salahnya kita tangguhkan sementara menanti keputusan mahkamah, siapa berani lawan mahkamah," katanya.

Menurut Mohd Ali hari kes berkenaan akan disebut pada 8 Mac ini.

NONEMengenai dakwaan PAS mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang langsung tiada satu kapal terbang yang mendarat, jelas Mohd Ali ia adalah satu pembohongan yang nyata oleh parti pembangkang itu.

Sedangkan katanya, pesawat boieng 737 setiap minggu beroperasi yang menghubungkan beberapa destinasi penerbangan dari Melaka ke Kepulauan Riau, Indonesia.

"Ini membuktikan PAS seperti katak di bawah tempurung yang langsung tidak tahu perkembangan semasa, jadi bagaimana mereka hendak mentadbir negara," katanya.

merlimauMenurut ketua menteri itu, mengatasi empat negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dari pelbagai aspek termasuk kebersihan, kadar pengangguran, kemiskinan dan kemudahan infrastruktur.

"Mereka ini memang cemburu dengan pencapaian Melaka dan kalau boleh datanglah ke Melaka dan lihatlah sendiri," katanya.

Rakyat Patut Sokong: Kerajaan Akan Lupus 15 Juta Saman Ekor Sehari Selepas PR Memerintah


Berita Lain

SHAH ALAM, 19 Feb
: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.