Jenayah Curi Pasir: Kerajaan PR Selangor Kesal Sangat2 Konsep Federalisme

Kerajaan negeri Selangor menyesali tindakan kerajaan persekutuan cuba "mencuci tangan" dalam menangani jenayah curi pasir kerana ia bertentangan dengan konsep federalisme.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang terus memberikan kenyataan salah berkaitan perlombongan pasir dan kecurian mineral itu.

"Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.

Tambahnya, kritikan seperti itu boleh dilihat melalui tindakan ADUN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil yang mengecam beliau kerana meminta kerajaan persekutuan campur tangan dalam membantu Selangor membanteras pencurian pasir.

"Kita maklum sememangnya budaya politik Umno sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang.

"

Namun kenyataan ADUN Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini,"

"Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan kerajaan persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri," katanya lagi.

Jelasnya, perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan tanggungjawab ke atas kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri.

"Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan kerajaan negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"
Kerajaan negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar," katanya lagi.

Tambahnya, hasi daripada pasir tersebut yang meningkat sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini, digunakan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan termasuk Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun," katanya lagi.

Pendirian PAS Tegas - Tidak Adakan Kerjasama Dengan Umno

PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak berhasrat bekerjasama dengan Umno yang didakwanya menjadi sekutu Yahudi- Zionis.

Sehubungan itu, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi pendirian PAS yang tidak akan bekerjasama dengan Umno yang didakwa menjadi sekutu zionis Yahudi.

“Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan telah melantik syarikat perunding Apco Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” katanya.

Mahfuz juga mengucapkan terima kasih kepada mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam.

Al Fatihah: Emak Tuan Imam Masjid Sg. Lentang Kembali Ke Rahmatullah



Kelmarin Emak kepada Haji Ali Bashah Othman, Hajjah Lat telah kembali ke rahmatullah. Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan di Masjid At Thohiriah, Sungai Lentang pada jam 10.00 pagi ini.

Awas Pramugari Pun Mencuri Dalam Penerbangan.. Pramugari Air France Ditangkap


PARIS 21 Julai - Polis Perancis telah menahan seorang pramugari Air France kerana disyaki merompak wang tunai beribu-ribu euro, kad kredit dan barang kemas penumpang yang sedang tidur ketika dalam penerbangan panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pihak polis yang menjalankan siasatan sejak beberapa bulan lalu berhubung kecurian di dalam penerbangan antara Perancis dan Timur Tengah telah menahan Lucie R., 47, ketika dia baru sahaja mendarat dari Tokyo Jumaat lalu, kata akhbar Le Figaro.

“Akaun banknya jelas menunjukkan angka yang amat berbeza dengan gaya hidup dan perakuan pendapatannya,” kata akhbar tersebut yang memetik kenyataan seorang polis penyiasat.

Polis memulakan siasatan sejak Januari lalu selepas wang kira-kira 4,000 euro (RM16,500) telah dicuri dari lima penumpang.

Perompak itu mengambil kesempatan ketika penumpang sedang tidur dan dia merompak mata wang euro, yen serta Swiss francs di samping jam tangan, barang kemas, kad kredit serta buku cek.

- Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.