Dua tokoh tahfiz, syariah terima anugerah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P. Pinang (KITAB)

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) buat julung kalinya akan menganugerahkan 'tokoh ilmuan' kepada dua tokoh agama tempatan di atas sumbangan mereka dalam perkembangan Islam di negeri tersebut.

Anugerahkan tersebut akan disampaikan oleh Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas sewaktu konvokesyen KITAB pada 27 Julai ini.

Penerima augerah tersebut ialah imam Masjid Kapitan Keling yang juga seorang guru tahfiz, Datuk Sheikh Abdullah Abdullah Bukhari yang banyak berjasa dalam bidang tahfiz al-Quran.

Manakala seorang lagi penerima anugerah tersebut ialah ahli Majlis Fatwa Pulau Pulau Pinang yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Datuk Mohd Salleh Ahmad yang menyumbangkan jasanya dalam bidang syariah.

"Apabila kita memberi sumbangan ini, mereka akan menjadi rujukan kepada masyarakat dan institusi lain," kata Rektor KITAB, Dr Mustapa Kassim ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai konvokesyen ketiga kolej tersebut, Dr Mustapa berkata 28 pelajar akan menerima diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran manakala 260 pelajar lagi menerima sijil dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

"Dua daripada pelajar diploma itu adalah pelajar antarabangsa, masing-masing dari Indonesia dan Singapura," katanya.

Manakala dalam bidang sijil pula, Mustafa berkata, dua orang pelajar dari Thailand juga bakal menerima sijil mereka pada hari bersejarah itu.

Mustafa berkata, setakat ini kolej tersebut yang mula beroperasi pada 12 Mei 2005, mempunyai 262 pelajar yang mengikuti lima bidang pengajian di peringkat diploma.

Selain menawarkan pengajian diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran, tiga bidang lagi yang ditawarkan adalah Diploma Kewangan, Perbankan dan Qiraat Al-Quran yang telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, terdapat pelajar yang tamat pengajian dari kolej itu sebelum ini telah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Univerisiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Malah kata Mustafa, terdapat juga pelajarnya yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah pertama di Univerisiti Islam Negeri (UIN) di Medan, Indonesia.

Di samping itu, kini terdapat 60 pelajar tempatan yang telah bekerja yang mengikuti pengajian hujung minggu di kolej tersebut - masing-masing 47 dalam bidang Diploma Syariah dan 13 orang dalam bidang Tahfiz Al-Quran.

Menurut Dr Mustafa, KITAB kini mempunyai 30 tenaga pengajar yang majoritinya anak tempatan dan telah mengikuti kursus pengajaran di
Univerisiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, kolej tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz, adalah milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Kami menjangkakan dalam masa lima tahun lagi, kami mempunyai universiti sendiri," katanya sambil menambah MAINPP turut menyelia tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang diletak di bawah satu struktur.

Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan KITAB beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai, iaitu Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Lembaga Pengarah KITAB.

Jawatankuasa tersebut dianggotai pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri dan kebangsaan.

Program Diploma Syariah, Diploma Tahfiz al-Quran dan Diploma Qira'at juga diiktiraf oleh universiti di Timur Tengah seperti di Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Maghribi untuk membolehkan pelajar kolej tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

- Mkini

Saya tak pernah bohong S/U Agung FAM Dalam Isu Peletakan Jawatan Azraai Khor & Azman Eusoff

Berikut adalah kenyataan balas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berhubung kenyataan bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah dan penolongnya Azman Eusoff.

Datuk Azzuddin Ahmad
Datuk Azzuddin Ahmad

SELAKU Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya terpanggil mengeluarkan kenyataan balas bagi memberi gambaran sebenar berhubung isu peletakan jawatan Mohd Azraai Khor Abdullah dan Azman Eusoff yang memberi gambaran seolah-olah saya berbohong.

Saya ingin menegaskan saya tidak pernah berbohong dalam isu ini dan mahu menjelaskan keadaan secara kronologi agar difahami pihak media. Walaupun saya sedar laporan yang memetik Azraai dan Azman berunsur peribadi, saya tidak berniat memanjangkan isu ini, sebaliknya mahu menjelaskan keadaan sebenar.

Pada masa sama, ingin saya tekankan tidak berniat menjatuhkan maruah atau martabat sesiapa serta tidak mahu dilihat membuka pekung di dada.

Sebaliknya selaku wakil FAM, saya menghulurkan penghargaan atas sumbangan Azraai dan Azman.

Dengan ini saya meminta jasa baik pihak media untuk menerbitkan kenyataan ini.

Latar belakang pelantikan Azraai Khor Abdullah sebagai jurulatih Harimau Muda A.

1. Azraai dilantik selaku ketua jurulatih Harimau Muda A pada 1 November, 2009 dan diberi mandat memilih panel jurulatihnya. Amalan biasa bagi FAM memberi jurulatih kebebasan memilih penolong mereka dan Azraai melantik Azman sebagai penolong dan P Mohana Sundram selaku jurulatih penjaga gol.

2. Pasukan Harimau Muda A berlepas ke Slovakia pada 17 Februari dan pulang ke tanah air pada 31 Mei, 2010.

3. Malangnya, timbul beberapa isu ketika pasukan menyertai sesi latihan dan perlawanan di Slovakia.

Jawatankuasa Teknikal bersidang pada 30 Jun dengan menemu bual Azraai, Azman, Mohana dan beberapa pemain selepas FAM menerima laporan mengenai perselisihan faham Azraai dan Mohana. Ahli jawatankuasa akhirnya memutuskan ketiga-tiganya dilepaskan daripada jawatan masing-masing.

Hasil siasatan Jawatankuasa Teknikal FAM turut mendapati ada beberapa kelemahan teknikal di pihak Kumpulan Kejurulatihan ini.

Selain perselisihan pendapat antara Azraai dan Mohana, Jawatankuasa Teknikal FAM turut merumuskan beberapa tindak-tanduk Azraai sekembalinya ke tanah air tanpa merujuk kepada pengurusan skuad Harimau Muda A dan sekretariat FAM terlebih dahulu sebagai satu kesilapan.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Agung, untuk memaklumkan kepada mereka keputusan itu.

Dalam pertemuan secara peribadi, saya maklumkan kepada mereka khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

Disebabkan kontrak mereka menyebut dengan jelas mereka mengurus Harimau Muda A, ini bermakna mereka tidak mempunyai pasukan lain untuk dikendalikan. Sejurus itu, saya menasihati mereka agar menimbang menyerahkan surat peletakan jawatan dengan syarat-syarat mereka.

Azraai menyerahkan surat bertajuk permohonan meletak jawatan pada tarikh 6 Julai, diikuti Azman dengan tajuk Arahan Penamatan Tugas pada 9 Julai. Dalam surat Azraai, tertera dengan jelas mohon menamatkan kontrak, manakala Azman bersedia menimbang untuk meletak jawatan, yang pada asasnya boleh ditafsirkan sebagai niat meletak jawatan tertakluk syarat dan rundingan dipersetujui FAM.

Perkara ini belum diputuskan dan ini dijelaskan dalam sidang akhbar 13 Julai, yang ia harus dibentangkan kepada Sultan Ahmad Shah selaku Tuanku Presiden FAM.

Adalah menjadi harapan saya perkara ini tidak diperbesarkan serta diselitkan tuduhan-tuduhan bersifat peribadi dan tidak menguntungkan sesiapa. Saya juga ingin menegaskan kami di FAM tidak mahu mendedahkan isu ini secara terperinci kerana mahu menjaga nama dan maruah semua pihak.

DAP terus agresif Daftar Pengundi Baru... Pakatan Jauh Dahului BN

PUTRAJAYA, 18 Julai — Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insidermenunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).

PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program ‘outreach’, kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.

Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.

Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

Keputusan Terkini: TM Liga Super 17 Julai 2010 - Kenari Sekadar Seri Sahaja...






SELANGOR 3 : 0 P.PINANG

N.SEMBILAN 0 : 0 PERAK

K.LUMPUR 0 : 2 KELANTAN

KL PLUS 1 : 1 KEDAH

PAHANG 3 : 2 PERLIS

TERENGGANU 2 : 0 JOHOR

JOHOR FC 2 : 2 T-TEAM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.