Nik Aziz: Hentikan Debat Negara Islam, Lebih Rugi Dari Untung

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.

“Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.

“Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).

“Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi,” kata dalam temu bual bersamaMingguan Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Menteri Besar Kelantan itu menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepadaThe Malaysian Insider.

Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa menambah, ahli-ahli politik hanya mempertahankan sesuatu perkara yang telah diulang-ulang selama ini.

“Jika mereka tidak sentiasa bercakap tentang perkara negara Islam, nanti orang akan persoal dia,” tambah Aziz.
Kata beliau, wacana negara Islam sebenarnya lebih banyak merugikan dari menguntungkan negara.

“Lebih baik kita tonjolkan perkara lebih berguna kepada masyarakat yang mana mereka boleh merasai kesannya seperti perbankan Islam, kebajikan, pendidikan Islam dan sistem Al-Rahnu. Itu rakyat terima.

“Namun dalam soal negara Islam siapa pun pihak yang bercakap sama ada PAS atau Umno akan terperangkap.
“Sampai sekarang MCA dan Gerakan asyik dipersalahkan kerana sebelum ini banyak berdiam diri dalam isu negara Islam,” katanya lagi.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup rapat dengan Islam berdasarkan sejarahnya, kata Aziz, Perlembagaan Persekutuan hanya mengesahkan apa yang telah termaktub tentang kedudukan Islam.
“Tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan hanya merugikan kita semua.

“Tetapi masalah orang seperti Karpal, Majlis Peguam dan sebagainya tidak mahu mengiktiraf perkara ini dan mereka lihat seolah-olah perkara ini nak paksa mereka ikut,” kata Aziz.

Kata Aziz lagi, “namun kita sebagai orang Islam perlu fikir juga tentang kedudukan orang bukan Islam supaya kita boleh berkongsi hidup dengan selesa sesama kita dan ia juga menjadi aktiviti dakwah yang penting.”

“Bagi saya berhentilah berdebat dalam soal negara Islam kerana sekarang ini kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik walaupun kita negara Islam.

“Siapa yang ramai terlibat dalam dadah, buang anak dan sebagainya.

“Tumpukah kepada perkara bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini yang akhirnya menuntut kita menjadi umat lebih baik dan dihormati,” kata beliau.
Aziz menambah sekarang ini orang bukan Islam tidak faham tentang negara Islam dan mereka tidak mahu bersama sedangkan kalau dari praktikalnya orang bukan Islam ini boleh bersama jika kita betul menunjukkan contoh sebab Islam itu untuk semua.
Dalam temu bual itu beliau mengulas tentang pendirian Karpal mengenai isu negara Islam.
Kata Aziz, Karpal dan Nik Aziz berbalah dari sudut yang berlainan.

“Karpal macam biasa bercakap tentang soal negara Islam, Perlembagaan, negara sekular dan sebagainya manakala Nik Aziz pula bercakap tentang negara Islam.

“Jelas mereka bercakap dua perkara berbeza. Seorang bercakap mengenai agama sebagai satu sistem hidup dan seorang lagi bercakap perkara yang bertentangan.

“Begitu juga dalam soal Datuk Ibrahim Ali dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin. Khairy tidak bersetuju dengan perjuangan Perkasa manakala bagi Ibrahim itu merupakan perjuangan dan survival Melayu.

“Oleh itu kita tidak perlu terlalu terkejut tentang pertelingkahan antara Karpal dan Nik Aziz apatah lagi mereka bercakap tentang perkara atau dasar bersama yang tidak ada dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Aziz seterusnya memberitahu beliau berpandangan Karpal tidak menyebut perkara itu dengan jelas, cumanya hanya menjawab soalan wartawan.

“Maka sebagai ahli politik dia perlu konsisten dan konsistensi itu makin lama makin janggal.

“Ini kerana orang DAP sendiri sudah tidak membangkitkan perkara itu malah ia semakin kurang disebut dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Namun sehingga kini kata beliau, Karpal masih tidak berubah pendiriannya.

“Kalau kita lihat MCA dan Tan Sri Bernard Dompok juga tidak setuju dengan negara Islam dan ini pasti dilihat tidak selari dengan kerajaan.

“Kalau ada yang tidak setuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mendakwa negara ini sebagai sekular ia umpama membohongi diri sendiri.

“Jika dilihat secara jelas Perlembagaan dalam Perkara 3(1) sudah tercatat, agama bagi Persekutuan adalah Islam,” katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, buat apa kita hendak tafsir banyak-banyak?

“Malah saya tidak nampak kenapa kita perlu rujuk kepada Suruhanjaya Reid dan lain-lain.

“Kita hanya merujuk jika sesuatu perkara itu tidak jelas namun perkara tentang negara Islam ini sudah jelas termaktub, maka cukuplah sandiwara ini.

“Kalau kita lihat lebih jauh siapa sebenarnya yang membuat draf Perlembagaan ini, Suruhanjaya Reid. Tapi suruhanjaya itu tidak ada menyebut apa-apa tentang kedudukan Islam,” katanya.

Malah kata beliau, mereka tidak ada memberikan apa-apa cadangan dan hanya berdiam diri sahaja.

Bas Dalam Perjalanan Ke Airport Terbabit Kemalangan 12 maut Terjunam dari jambatan

SEOUL: Sebuah bas menjunam dari jambatan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang utama Korea Selatan, menyebabkan 12 penumpang maut manakala beberapa yang lain cedera.

Bas terbabit melanggar penghadang jalan ketika ia cuba mengelak sebuah kereta yang rosak dan terjunam kira-kira 10 meter dari jambatan di Incheon di barat Seoul.

Mangsa yang cedera kini dirawat di hospital berhampiran dan sebilangan mereka parah.

Bas itu membawa 23 penumpang dan pemandunya.

Jambatan yang menghubungkan Incheon dan Pulau Yeongjong - loaksi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon - itu dibuka tahun lalu .

Candid: Bantah Judi Di Masjid Negara .... Ramai

Kempen bantah judi yang bertukar dari Demo penyerahan memo kepada YDP Agong berlangsung juga setelah ditunda dari pukul 2 petang ke jam 5 petang. Walaupun ramai yang dah hadir awal terpaksa menunggu kerana perubahan waktu bagi menghormati Allahyarhamah isteri Tun Dr Ismail yang dikebumikan.

Ianya hanya satu permulaan kepada perjalanan panjang menghapuskan judi. Bukan mudah untuk menghapuskan judi kerana terpaksa mendaki Bukit tinggi di Genting. Namun kita ada jalan pintas tanpa mendaki Genting... bergerak ke Putrajaya!


Tazkirah awal Ustaz Nasarudin Tantawi di dewan solat sebelum asar.

Keletihan namun tabah menanti waktu yang ditunda,

Himpunan bermula- saf teraju kempen bantah judi- bermula perjuangan baru bantah judi.

Ketua Pemuda PAS penuh semangat - kita gerakkan rakyat menentang judi.

Mat Saleh ni pun macam paham je...marah judi juga tu...

Pakcik ni tengah khusyuk.... Tua muda tetap benci judi.

Tak nak Tak nak! Tak Nak Judi!

Antara banner yang dibawa sebagai suara hati dari ABIM.

Ya Allah aku tak naj judi berleluasa di zaman aku nanti- mungkin itu doa anak kecil ini.

Raja Demo..... Azli Musa...tak sah demo tak de dia.. - taik judi! kata Azli.

Dari jauh memerhati... nak tangkap salah tak tangkap salah ...serna salah.. terima kasih pak polisi tak ganggu kami...tapi macam tak syokkk plak..

Wartawan TV 8.mengulas dalam bahasa Cina.. umNO kata Cina nak Judi!!!
Ketua Pemuda PKR- Reformasi bantah judi!

Antara ribuan yang hadir.
Brader ni rileks aje...

Buku Anti judi keluaran TERAS.

Kita akan gerakkan kempen bantah judi seluruh negara. Bebaskan judi dari negara kita!

Felda Rosak Di Tangan PM Najib

Pendedahan mengenai kepincangan dalam Felda yang dimuatkan oleh Suara Keadilan banyak berpaksi kepada kenyataan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr. Tan Kee Kwong.

Antara lain beliau ditugaskan untuk bertanggungjawab atas isu-isu Felda yang dibangkitkan di Parlimen. Justeru beliau mempunyai banyak contoh mengenai campur tangan politik dalam urusan Felda dan salah urus wang perbadanan itu.

Seperti yang kita maklum rizab tunai Felda susut dari 4.08 billion ringgit pada tahun 2005 kepada 1.35 billion ringgit, penurunan lebih 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Salah satu isu yang dikaitkan dengan salah guna wang Felda ialah pembinaan bangunan baru Felda yang menelan belanja 622 juta ringgit.

Dalam wawancara dengan TV Selangor, Datuk Dr Tan menjelaskan latar belakang di sebalik keputusan Felda membina ibu pejabat baru di segi tiga emas Kuala Lumpur. Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dan adalah contoh terbaik campurtangan Umno dalam urusan Felda.

“Sebelum Najib ambil alih, Felda adalah merupakan satu organisasi yang sangat kuat. Selepas Najib ambil alih tanggungjawap Felda, itu mulanya hancur semua aspek Felda," tegas Dr Tan.

“Pada masa sekarang pun, pentadbiran di dalam Felda itu tiada masalah. Apa masalah besarnya ialah pemimpin kuat Umno campur tangan sebab itu Felda sudah jadi masalah besar lain," tambah beliau.

Bekas Menteri BN ini memberi contoh bagaimana campurtangan politik mempengaruhi projek pembinaan bangunan baru yang mencecah RM220 juta.

“Satu contoh lagi kita difahamkan pada 2006, Felda ada satu cadangan membina satu bangunan sendiri di atas tanah sendiri di kawasan jalan Semarak sebeleh Felda ada banyak rizab tanah di Jalan Felda. Pada masa itu, pelan asal sudah lulus untuk merobohkan satu bangunan lama untuk membina satu bangunan baru 21 tingkat guna wang RM220 juta dan juga pada masa itu sebelum Najib campur tangan sendiri itu kontrak untuk merobohkan bangunan lama sudah dipanggil. Itu makna bila awak dipanggil, pelan merancang sudah dipanggil DBKL," kata Tan.

"Dan juga pada masa itu, Perdana Menteri, Pak Lah sudah bagi satu tarik untuk sambut pada masa itu dan selepas itu, Najib buat satu menyuarat khas di pejabat beliau di Putrajaya. Pada masa itu, dia hanya panggil dua orang, Allahyarham Tan Sri, Pengerusi Naza TTDI dan Datuk Baki. Mesyuarat ini kalau betul-betul rasmi dan telus tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Felda dan kepada Ketua Pengarah Felda," jelas beliau.

"Bila pengerusi Felda pada pagi itu dengar berita, Pengerusi dan Ketua Pengarah Felda dengar berita, beliau dan empat pegawai dari Felda masuk kereta cepat-cepat pergi Putrajaya dengan harapan untuk kekalkan pelan lama dan ada menyelamatkan Felda, tapi itu sudah lewat. Sekarang sudah ada pelan baru dimasukkan ke kawasan KLCC di mana kos tanah termahal di seluruh Malaysia," tambahnya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.