Ada Video: Himpunan Aman, Jika Polis Tidak Ganggu: 'Tolak Tahi' Gamatkan Protes Antijudi


Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 1,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.

"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.

Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen judi sukan.

Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.

Desak k'jaan didik rakyat

Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.

Laungan itu diketuai seorang pemimpin NGO Muslim Care Norazli Musa yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."

"Orang yang ketagih judi (dipanggil) tahi judi," katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.

"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).

Mohd Azmi yang juga pengerusi GMJ berkata gabungan berkenaan yang didakwanya dianggotai 60 NGO itu akan memperkemaskan usaha untuk mempertingkatkan program kesedaran kepada masyarakat di negeri-negeri.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.

Kira-kira 50 polis dilihat mengawal keadaan di sekitar kawasan tersebut yang berakhir tanpa sebarang insiden.

Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.

-MalaysiaKini

Pelakon Melayu Mengaku Bogel Dalam Filem

mn

Khabarnya berbogel di dalam filem ... Dalam Botol, boleh jelaskan?

Memang dalam satu adegan saya berbogel. Ia bagi menggambarkan Ruby sedang mandi di rumah pada waktu senja sebaik saja sampai di tanah air dari Amerika Syarikat.

Perlu ke sampai berbogel?

Pada mulanya, saya diberi seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Barangkali ramai faham apabila mandi, banyak orang lebih selesa berbogel. Akhirnya, saya meminta kebenaran daripada pengarah, Khir Rahman mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya itu.

Bagaimana keadaan ketika penggambaran adegan itu?

Penggambaran dilakukan dari sudut tepi dan 'benda tu' (alat sulit) saya tak nampak. Saya juga mendapatkan panduan daripada seorang juru mekap bagaimana untuk 'menyelitkan' 'benda tu' ke bawah agar tidak kelihatan bagi menggambarkan watak Ruby yang telah membuang alat sulit. Selesai adegan itu, pengarah memuji lakonan saya dan menyifatkannya salah satu adegan yang paling berjaya dalam filem itu.

Maksudnya awak berbogel di hadapan ramai krew?

Sudah tentu di hadapan saya ada pengarah. Jurukamera, jurucahaya, jurumekap dan penolak rel pun ada juga. Ada dalam 10 krew ketika itu.

Ish!Tak malu ke, boleh bogel macam tu?

Memang malu. Lagipun bercanggah dengan norma masyarakat, saya pun orang Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula. Namun ia berbalik kepada niat dalam hati untuk menyampai mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikut jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kepada kaum sejenis.Jangan buat macam Ruby, itu mesej saya.

Ini semua bukan bertujuan mencipta kontroversi murah untuk awak cepat popular?

Adegan bogel itu merupakan satu keperluan dalam watak Ruby. Sebenarnya dalam menjalani norma kehidupan, terdapat masyarakat yang selesa mandi bogel atau memakai kain basahan batik dan pelekat. Apa yang penting, saya bogel bukan kerana hendak menunjukkan Ruby berperasaan seksi apabila mandi tanpa seurat benang.

Sudah bersedia menerima cemuhan bila filem itu ditayangkan kelak?

Saya tidak dapat menjangka respon yang akan berlaku. Sebelum filem itu memulakan penggambaran pun, saya sudah puas menerima kutukan apabila terpilih memegang watak Ruby itu. Saya tidak takut dengan tohmahan kerana buat benda itu (bogel) bersebab berikutan watak Ruby itu seorang yang berani. Apa yang saya lakukan itu lebih baik daripada berlakon filem porno. Sebenarnya apabila saya menggadaikan tubuh badan, saya mahu ia dilakukan kerana seni dan bukan berbogel tidak tentu pasal seperti di tepi kolam renang.

Dengar khabar terdapat satu lagi adegan panas, Betul ke?

Ya, adegan itu melibatkan aksi manja dengan Wan Raja yang memegang watak Ghaus. Ia dalam suasana romantik di tepi pantai sebelum kami digambarkan melaku hubungan seks di dalam khemah.

Bagaimana perasaan awak ketika melakonkan adegan romantis itu dengan kaum sejenis?

Kami kaku ketika melakukan adegan itu. Malu dan segan silu. Speechless, hopeless and useless (ketawa).

Agak-agak lepas ke adegan bogel dan manja itu apabila dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)?

Filem ini sebenarnya tidak panas tetapi suci. Saya berpendapat adegan berkenaan tidak perlu dipotong dan kalau mengikut garis panduan LPF pun tidak salah kerana tidak keterlaluan. Tapi kalau kena potong, hendak buat macam mana.

Tidak takut orang menuduh awak seorang gay gara-gara aksi panas dalam filem itu?

Saya sudah banyak menerima tohmahan sejak terima watak Ruby ini. Saya harap tidak dihukum masyarakat tanpa mengenali diri saya yang sebenarnya. Kenal saya dahulu.

Apa perkembangan diri sekarang?

Saya sedang melanjutkan pengajian tahun kedua dalam Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Sebelum ini saya sudah pun memiliki Sarjana Muda Tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Tamat pengajian di USM nanti, saya merancang melanjut pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Saya mahu jadi pensyarah seperti penyanyi Syafinaz Selamat.

Seronok ke kehidupan di kampus selepas mula dikenali apabila berlakon dalam sebuah kontroversi?

Saya masih menjalani kehidupan sebagai mahasiswa biasa, berjalan kaki, naik bas ke kelas sebab saya tidak memiliki kenderaan. Namun saya ramai rakan,kadang-kadang saya menumpang mereka yang mempunyai motosikal.

Pernah kena sindir atau dikutuk rakan-rakan di kampus bila jadi gay dalam filem?

Hingga kini, saya tidak pernah mendengar ada yang mengutuk. Kata- kata negatif mungkin timbul selepas filem itu ditayangkan.Itu dah jadi adat, saya tak kisah.

Ambilan: http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=16039:pelakon-melayu-mengaku-bogel-dalam-filem&catid=51:berita-utama&Itemid=116

Skuad Maradona Dibelasah Sakan: Argentina 0, Jerman 4

PEMAIN Jerman, Miroslav Klose (kiri) meraikan jaringannya dengan Lukas Podolski pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Argentina di Stadium Green Point, malam tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Jerman, Miroslav Klose (kiri) meraikan jaringannya dengan Lukas Podolski pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Argentina di Stadium Green Point, malam tadi. - Foto Reuters
CAPE TOWN: Jerman menewaskan Argentina 4-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point sebentar tadi.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ketiga.
Miroslav Klose menambah gol pada minit ke-68 dan Arne Friedrich pada minit ke-74.
Klose sekali lagi menemui gawang seminit sebelum tamat permainan.

Berikutan kemenangan itu, Jerman mara ke peringkat separuh akhir dan akan bertemu sama ada Sepanyol atau Paraguay yang akan berentap pagi ini.

PARAGUAY 0 - 1 SEPANYOL - Adengan Seterusnya Sepanyol Akan Bertemu Jerman



Keputusan Suku Akhir Piala Dunia 2010:

PARAGUAY 0 - 1 SEPANYOL

JOHANNESBURG: Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 sebentar tadi.

Sepenyol akan bertemu Jerman yang terdahulu membelasah Argentina 4-0 pada 7 Julai ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.