Kes Buli: 59 sekolah dapat 'peringatan'

Kementerian pelajaran telah menghantar satu surat peringatan kepada 59 buah sekolah berasrama penuh di bawah seliaannya minggu lalu berhubung kegiatan buli ke atas pelajar baru, kata seorang pegawai kanan kementerian itu.

Ketua unit pengurusan disiplin sekolah berasrama penuh kementerian itu, Samsuri Omar berkata, surat peringatan berkenaan dihantar pada setiap awal sesi persekolahan.

Namun, peringatan itu penting kali ini, dengan mengambil iktibar daripada satu kejadian disyaki buli yang berlaku di Maktab Tentera Diraja (MTD) minggu lalu -- mengakibatkan seorang pelajarnya meninggal dunia.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak bertanggungjawab ke atas pengurusan disiplin di maktab berkenaan, kata Samsuri ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Jelasnya, maktab tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, manakala Kementerian Pelajaran hanya menyelia soal kebitaraan (prestasi akademik).

Sungguhpun begitu, kementerian itu tetap menitikberatkan soal keselamatan pelajar dengan mengedarkan peringatan berkenaan minggu lalu, kata Samsuri lagi.

Menurutnya, peringatan itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan berterusan yang dijalankan oleh kementerian bagi membendung perbuatan buli oleh para pelajar di sekolah berasrama penuh.

"Peringatan ini adalah supaya sekolah mematuhi punca kuasa dan surat-surat pekeliling oleh kementerian pelajaran," katanya lagi.

Tambahnya, dokumen berkenaan antara lain menggariskan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani kes-kes disiplin melibatkan perbuatan buli.

"(Antaranya), siasatan perlu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima. Sekolah tidak boleh ambil tindakan sebelum tamat siasatan.

"Tapi apabila pelajar sudah didapati bersalah, mereka masih boleh buat rayuan," katanya lagi dan menambah, hukuman paling keras untuk kesalahan seperti itu adalah penyingkiran daripada sekolah.

Jelasnya lagi, segala siasatan berkenaan akan dianggap sebagai urusan dalaman pihak sekolah, melainkan sekiranya ia melibatkan siasatan polis.

"Siasatan adalah urusan dalaman pihak sekolah dan pihak lain tidak boleh campur. Tapi apabila sesuatu kes itu sampai ke peringkat siasatan polis, sekolah hanya akan membantu siasatan," katanya lagi.

-Mkini

Lantaran Pujuk Rayu Pelajar 15 Tahun Ikut Lelaki 4 Anak


ROSMIDA (dua dari kiri) meminta maaf daripada ibunya, Zuraini Saad (kiri)
sambil diperhatikan oleh bapanya, Rosli di Kuantan semalam.

KUANTAN – Rosmida Roslan, 15, memberitahu, dia bagaikan lembu dicucuk hidung apabila hanya menurut kehendak teman lelakinya dikenali sebagai Man ketika diajak melarikan diri pada 21 Jun lalu.

Katanya, dia mempercayai Man kerana lelaki itu yang dipercayai sudah berkahwin dan memiliki empat orang anak pandai memujuk rayu dirinya.

“Dia bercerita pelbagai kisah melanda hidupnya ketika itu seperti dia telah dihalau oleh ibu saudaranya. Kerana kasihan saya rela mengikut kehendaknya termasuk melarikan diri bersama Man,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Dalam pada itu, dia memberitahu, Man turut mengajar dirinya untuk membalas khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh bapanya.

kredit : kosmo.com.my

Video: Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti)



PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti).
JOHANNESBURG: Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.

Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan, sebentar tadi.
Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55 apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.

Pasukan Pilihanku Tewas Kepada Belanda 2-1



PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg menyelamatkan sepakan lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AP
PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg menyelamatkan sepakan lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AP
PORT ELIZABETH: Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi.

Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10.
Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperolehi gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.
Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.