Sibu Buktikan Kuasa Rakyat Kuasa Keramat : DS Anwar


KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu semalam membuktikan kuasa rakyat adalah kuasa “keramat” yang tidak lagi tunduk kepada sogokan oleh pimpinan Umno-BN.

“Rakyat Sibu membuktikan bahawa kita semua bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

“Mereka membuktikan bahawa tidak lagi tunduk kepada sogokan yang dilakukan pimpinan Umno-BN,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Beliau berkata kemenangan itu memperlihatkan kekuatan penggerak PR yang mengagumkan dalam berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat,” kata yang beliau yang juga ketua pembangkang di Parlimen.

Katanya, pengundi Sibu telah memperlihatkan kekuatan yang mengagumkan walaupun terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta bantuan-bantuan lain.

“Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada PR bahawa erti semangat perjuangan selama ini akan menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia,” katanya.

Semalam PR menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi manakala Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Pilihan raya kecil Sibu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.

-tMI

Ibrahim Ali Minta BN Kaji Janji Bantuan dan Projek Kepada Masyarakat Cina.. Makin Blurrr



Sibu: Perkasa lagi pertikai undi Cina kepada BN

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Perkasa yang mempersoalkan sumbangan balas pengundi Cina ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu, sekali lagi mempertikaikan tahap sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) di Sibu semalam.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mendakwa pengundi-pengundi Cina di kawasan Sibu tidak menghargai janji-janji projek dan bantuan kewangan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berkempen.

“Pengundi-pengundi Cina tidak menghargai apa yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada mereka, misalnya menyokong sekolah vernakular dan sebagainya.

“Masyarakat Cina secara terbuka menyokong dasar DAP.

“Pengundi Cina mahukan cara Cina sendiri, meskipun Bumiputera terpaksa menelan tolak ansur yang dibuat oleh BN dalam memenuhi kehendak mereka,” katanya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, yang mewakili Perkasa iaitu pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di Malaysia sekarang, mengulas keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu yang diumumkan lewat malam tadi.

Kerusi itu yang mempunyai majoriti pengundi Cina dirampas oleh DAP yang diturunkan oleh Pakatan Rakyat.

Di Hulu Selangor tiga minggu lalu walaupun BN berjaya merampas balik kubu kuatnya daripada PKR, tetapi merekodkan kemerosotan sokongan pengundi Cina.

Sehubungan itu, Perkasa meminta BN mengkaji semula janji bantuan kewangan dan projek pembangunan kepada masyarakat Cina.

Saranan hukuman itu tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin BN dan Umno.

Bagaimanapun kata Ibrahim, keputusan semalam sebenarnya satu pengajaran kerana ia memotivasikan kaum Melayu dan Bumiputera agar lebih bersatu padu selepas ini.

“Mereka tidak boleh meminda perlembagaan (negara). Jika begitu ia akan membawa kepada malapetaka,” katanya.

“Bagi saya selaku orang Melayu dan sebagai seorang Islam, ini satu hikmah pengajaran... kita akan ke depan, kita akan lihat,” katanya yang berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor tetapi tidak di Sibu.

Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.

-TMI

Undi Pos Wajib Dihapuskan - Tidak Relevan Lagi : Ketua DPP


SIBU, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat menuntut agar undi pos dihapuskan kerana pengamalannya sudah tidak lagi relevan malah bertentangan dengan matlamat asal ia diwujudkan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, undi pos pada waktu ini hanya semata-mata dijadikan talian hayat Umno BN untuk memenangi pilihan raya.

"Walaupun Pakatan Rakyat menang di Sibu, tapi kita tetap tuntut undi pos dimansuhkan," katanya selepas keputusan pilihan raya kecil Sibu diumumkan malam tadi.

Selain itu, kekalahan BN di Sibu, katanya sangat memalukan kerana undi pos yang sering digunakan untuk talian hayat mereka, gagal memenangkan parti pemerintah itu.

Jika pun BN menang dengan mengeksploitasi undi pos ujarnya, ia bukan sesuatu yang hebat bagi BN malah calon BN itu tidak layak digelar wakil rakyat namun layak dipanggil wakil pos.

"Kalah malu besar kerana undi pos tidak dapat cover, dan kalau menang pun tidak hebat.

"Orang tak panggil wakil rakyat, tapi orang panggil wakil pos," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pemuda PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat khususnya DAP yang telah menang PRK Sibu melalui calonnya, Wong Ho Leng.

Wong yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.

Bagaimanapun kata Nasruddin, Pakatan Rakyat tidak perlu mendabik dada malah lebih penting adalah terus berbakti kepada rakyat dengan penuh amanah dan dedikasi.

"Semoga dapat laksanakan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan berbakti kepada rakyat dan tidak mendabik dada. Tugas Pakatan Rakyat masih banyak dan sukar," ujarnya.

RASMI: Kemenagan bergaya - DAP berjaya rampas parlimen Sibu


10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

azlan10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

NONE"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

NONE9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakinimelalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

NONE

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

NONE7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.