SPR: Anurad Lewat Tiba Serah Borang Pencalonan



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon Bebas tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anurad Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal. Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anurad hendak menghantar borang. Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata: "Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal "Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya. Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan. Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah. Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis. Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan calon. Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR. Anurad selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu. Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor. Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini. Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun.

Johan dipecat serta merta dari Umno selepas jadi calon bebas

HULU SELANGOR, 17 April: Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan , 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

WarkahDaily - Umno terpaksa pecat Johan kerana takutkan MIC. Tapi bagaimana jika Johan ditakdirkan menang, apakah Umno sedia menarik balik keputusan memecat Johan dari Umno?

Mungkin penyokong Umno kawasan itu berbelah bahagi samada memberi sokongan kepada calon MIC-BN atau calon Umno-Bebas.

(Penuh Gambar) Langsung Dari Pusat Penamaan Calon PRK Hulu Selangor

Lintas lansung dari pelabagai sumber:
Harakah daily, MalaysiaKini, rakyat marhen, foto tv selangor, berita harian dan sahabat-sahabat blog: TERIMA KASIH

Hari ini ialah hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

(Refresh dari semasa ke semasa)


11.20 am: SAH. Pegawai SPR Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan empat orang bertanding:

1. Johan Md Diah - Bebas
2. P. Kamalanathan - BN
3. VS Chandran - Bebas
4. Datuk Zaid Ibrahim - PKR

11.01 am: Tempoh bantahan berakhir. Pengumuman calon2 bertanding pada bila-bila masa dari sekarang.



sah 4 penjuru. jangan lupa pangkah yang atas



Hampa Tak Kesian Ka....
pelakon terbaik bagan pinang. bersama pembantu pelakon hulu selangor





Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dilaporkan cedera akibat terkena kawat berduri dalam keadaan berasak-asak ketika memasuki pekarangan pusat penamaan calon, sebentar tadi.

Seorang anggota polis juga terjatuh ketika cuba mengawal keadaan.

Mereka kini diberi rawatan segera oleh petugas perubatan di sini.



7000 penyokong mic




dari dalam dewan



belah sini ramai sikit dari yang bawah. hampir 15 ribu


penyokong BN. Hapir 10 ribu yang datang


wartawan dok interbiu wak sembab. pelakon porno tidak hadir ker?


nizar ada, hassan ali ada, chua ada..


fru baru lepas sarapan.nak mulakan tugas dah dgn penyokong pr(faham2 la)


pertunjukan udara dari pdrm hehehe


hero datang untuk tenteramkan keadaan


insiden tolak menolak. polis nak kacau chegu bard

9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

Sehingga tamat tempoh kemuka borang pencalonan 10 pagi ini, hanya tiga calon kemuka borang masing-masing bagi bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mereka ialah calon Barisan Nasional, P Kamalanathan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dan dua calon Bebas, VS Chandran dan

Johan Mohd Diah (Bebas). Kini SPR sedang menjalankan proses bantanan pencalonan selama sejam sehingga 11 pagi.

Jika tiada bantahan, SPR dijadual mengumumkan pengesahan pencalonan, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

10.20Pagi: Kekecohan tercetus apabila bekas ahli MIC, J.Anuradha gagal menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon.

Beliau mendakwa pihak polis tidak membenarkannya masuk dan menyerahkan borang tersebut.

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon

9.40 am : Calon Bebas VS Chandra kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan

9.31 am : Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

9.30 am: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.22 am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10 am : Calon BN P Kamalanathan, yang memakai songkok, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

9.05 am - Penyokong PR melaungkan "Umno APCO" ke arah polis.

9.02 am - Zaid Ibrahim masuk ke dewan dengan pencadang dan penyokong. Calon BN belum tiba.

9.01 am - Polis membentuk satu kepungan di depan penyokong PR yang enggan beralih.

9.00 am - Kekecohan kecil berlaku di antara polis dan penyokong PR selepas penypokong PR melepasi kawasan masuk yang diuntukkan kepada BN.

9.00 am - Pegawai SPR Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan masa penamaan calon bermula.

9.57 am - YB Nizar Jamaluddin disambut dengan laungan, diikuti pemimpin DAP Lim Kit Siang.

8.55 am - Zaid Ibrahim diiringi Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim & lain-lain pemimpin bergerak menuju dewan.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di dewan pencalonan membuat bantahan tentang beberapa kain rentang mewakili Umno BN di kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.


8.44 pagi:
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan MP Padang Serai Gobalakrishnan kelihatan terkandas di pintu masuk kawasan penamaan calon.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir.


8.35 pagi:
Perarakan kini sampai ke sekatan pihak polis lebih kurang 50 meter dari tempat penamaan.

Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu.

Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".


8.31 pagi:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan


8.23 pagi:
Mengetuai lebih 150 orang asli dari Kampung Penderas, Temerloh, Pahang, Tok Reng bin Kasim antara kelompok yang menarik perhatian khalayak dalam perarakan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.


8.43 am - Calon BN P. Kamalanathan kelihatan bersama Presiden MIC Samy Vellu.

8.42 am - Presiden PAS Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub tiba.

8.40 am - Kawasan penyokong BN agak sepi di satu sudut berhampiran Pusat Penamaan Calon. Calon BN P. Kamalanathan sydah sampai.

8.37 am - Penyokong PR melaungkan "Reformasi", "Hancur BN"

8.30 am - Ribuan penyokong PR tiba di luar

8.25 am - Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tiba.

8.20 am - Anwar Ibrahim & MB Selangor Khalid Ibrahim tiba di pusat penamaan calon Kuala Kubu Baru.

Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.

Menurut Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves, perarakan dijangka bermula sekitar jam 8 pagi.

Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.


Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu di 'boo' penyokong Pakatan Rakyat semasa berjalan memasuki pusat penamaan calon.


Kesian Mufti Perak.. Dia Tak Kenal Pun Khalid Samad.. Kata Jadi Mufti Serba Tahu, Macam Mana Nie Sapa Nak Jawab

Mufti nafi sebut MP Shah Alam tak beriman

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau tidak pernah menyebut secara khusus mana-mana pihak - termasuk ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

Harussani Zakaria"Kenapa saya hendak sebut nama dia. Saya tidak kenal pun siapa dia," kata Harussani (kanan) ketika mengulas kemungkinan disaman kali pertama sepanjang lebih 18 tahun menjadi mufti.

Semalam, Khalid dilaporkan menuntut Harussani menarik balik kenyataannya yang dimuatkan dalam sebuah tabloid dalam masa seminggu atau bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Katanya, laporan berjudul 'Khalid Samad tidak beriman - Mufti" itu telah memberi kesan dari segi persepsi masyarakat ke atas dirinya dan keluarga.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani berkata, dalam kenyataannya sebelum ini, beliau cuma menyebut bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman" secara umum.

Katanyakhalid samad, ini kerana konsep ketuhanan dalam Islam dan agama lain berbeza sama sekali.

Harussani berkata, kenyataannya berhubung isu penggunaan kalimah Allah itu pernah dibuat bulan lalu kepada sebuah akhbar harian.

Beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu mengenai kewujudan tabloid yang tidak disenangi Khalid itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia menghadapi tuntutan saman daripada Khalid (kiri), beliau hanya berkata: "Ikut dialah. Ini negara merdeka."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.