DENDAM LAMA: Dr Mahathir Labelkan Pak Lah 'Mr Corridor'



KUALA LUMPUR 28 Mac - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pentas Perkasa untuk menghentam penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan Mesyuarat Agung sulung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah bersara daripada jawatan selama setahun namun beliau masih menjadi sasaran lidah tajam Dr Mahathir yang terus mengkritik dasar-dasar pentadbiran Abdullah yang tidak selari dengan pemikiran beliau.
Pada mesyuarat Perkasa tersebut Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk memperli kepimpinan Abdullah yang dianggap sebagai kerajaan yang hanya tahu memperkenalkan koridor ekonomi dan bukan pembangunan ekonomi.
Abdullah bersara pada April 2009, setahun selepas Umno-Barisan Nasional mengalami kekalahan yang amat memalukan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Situasi sekarang lebih baik daripada zaman pemerintahan Pak Lah. Semasa Pak Lah menjadi PM, saya langsung tidak boleh bercakap. Saya juga tidak dijemput oleh sesiapa. Dia seorang yang liberal dan demokratik tetapi orang seperti saya tidak dibenarkan bercakap. Tetapi Najib beri saya peluang bercakap maka dia seorang yang baik. Najib mempunyai idea untuk negara.

"Harapan saya untuk Datuk Seri Najib adalah lebih lagi berbanding penyandang, "Mr Corridor". Terlalu banyak koridor tetapi apa yang kamu boleh jumpa dari semua koridor tersebut? Media seharus membuat laporan terhadap semua koridor tersebut sepanjang 5 tahun itu dan apa yang sudah dibuat," kata bekas Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan itu.

Dalam majlis yang menyaksikan adegan mencium keris oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, beliau juga menyalahkan penggantinya itu sebagai penyebab utama situasi ketegangan kaum sekarang dan kononnya Malaysia lebih bersatu semasa 23 tahun di bawah pentadbirannya.

Pengerusi D'Nab : Siapakah pemimpin Melayu yang sokong judi, arak?



Sunday, 28 March 2010 9:43 AM
Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perkasa, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zahrin Mohd Hashim dan Awang Selamat antara watak dan pihak yang dikecam hebat berikutan berleluasanya amalan judi dan arak di negara ini.

"Anda semua masih bisu, pekak dan buta. Saya cabar SPRM siasat salahlaku dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, empat nombor ekor Magnum, Toto dan Damacai. Dalam seminggu ada tujuh hari, cabutan empat nombor ekor ada 12 cabutan.

"Kelulusan lesen-lesen ini sungguh mudah dan dalam jumlah yang besar. Apakah wujud unsur sogokan di sini?"

"Menteri kewangan, Duli Raja-Raja Melayu Islam, mufti-mufti dan semua Melayu Islam tetap tidak malu dan takut ke atas kemungkaran ini yang mungkin akan mengundang kemurkaan Allah," kata Pengerusi Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) Mohd Basir Abdullah.

Dalam perkembangan lain, beliau menyelar pihak tertentu yang memperalat isu kalimah Allah, hingga sanggup lompat parti dengan alasan parti dahulu tidak berusaha mempertahan Islam.

"Seolah-olah hanya dia yang mempertahan kalimah Allah. Apakah apabila dia lompat, dia boleh pertahankan kalimah Allah bersendirian? Allah juga yang maha tahu," katanya.

Mohd Basir dalam suatu kenyataannya di sini, turut mengecam Zahrin, Nordin, Mohsin, Ibrahim Pasir Mas dan Awang Selamat.

"Secara umum anda semua mendabik dada dan melaungkan kononnya anda pejuang agama dan hak istimewa orang Melayu. Tetapi, kenapa maksiat, pelacuran, judi dan arak tidak pernah anda semua sentuh dalam hujah-hujah atau usulkan di parlimen?

"Salahguna kuasa dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, arak dan pusat hiburan dan pelacuran? Anda pekak, bisu dan buta. Ini semua menghancurkan bangsa anda, Melayu anda, dan sedikit demi sedikit Islam anda. Anda semua buat-buat tidak nampak, buat buat pekak, buat-buat bisu. Pembangkang sudah tentu tiada kuasa terhadap kelulusan lesen-lesen ini.

"Tapi ahli parlimen Melayu Islam mesti bertanggungjawab. Kepada SPRM, saya ingin nasihat sikit. Cuba siasat dalam kalangan menteri BN yang terlibat dalam meluluskan lesen-lesen judi empat nombor ekor," tambah beliau lagi.

Di samping itu, beliau turut mencabar Ibrahim Ali dan ahli parlimen Bebas lain untuk merujuk hal yang diharamkan Islam.

"Perkasakah anda untuk katakan hal ini semua tidak salah, tidak haram. Perkasanya anda cuma untuk memperkasa Ibrahim Ali. Jangan tertipu dengan kata-kata Ibrahim Ali.

"Melayu Islam jangan jadi pekak, bisu dan buta terhadap kemungkaran ini. Anda semua berebut kuasa dan kedudukan dan mengaku sebagai penjaga agama Islam dan hak Istimewa orang Melayu.

"Akhirat nanti kita tidak boleh bisu, pekak dan buta kerana yang menjawab pertanyaan Allah nanti adalah bukan mulut atau lidah kita, takut dan malulah kepada Allah," kata beliau.

Sebagai pengerusi badan D' Nab, beliau menasihat pihak-pihak di atas agar tidak bertindak memusnahkan agama, negara dan rakyat Islam ini.

"Cukup-cukuplah dengan kemajuan duniawi. Majulah dan insaflah diri sendiri selamatkan negara Islam ini dari kehancuran dan kemusnahan. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita, walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza," tambahnya.

Pengerusi badan itu, Mohamad Basir Abdullah boleh dihubungi termasuk melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) 019-6824198 ataupun melalui mel-e mohamad.basir@yahoo.com.

Mahathir Mula Menjadi Penasihat Najib


Dr. M Nasihat Najib Jangan Ketepikan Perkasa

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun supaya tidak mengenepikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana ia kini memiliki kuasa pendesak yang perlu diambil kira.

Bekas Perdana Menteri berkata, Najib sepatutnya mendengar pandangan yang dikemukakan oleh Perkasa yang merupakan lidah orang Melayu masa kini.

"Dengar pandangan mereka sama ada ia waras atau tidak. Kegagalan mendengar mungkin mengakibatkan kehilangan undi mereka.

"Sebagaimana kerajaan mendengar rungutan komuniti lain, rungutan orang Melayu juga patut diambil kira," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa yang pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Lebih 10,000 hadir pada majlis perasmian mesyuarat agung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya tidak mempedulikan orang Melayu kerana mereka adalah pengundi utama sambil menyatakan keyakinannya ke atas keupayaan Najib mengembalikan kegemilangan negara sebelum ini.

Kata beliau, tumbuhnya pelbagai NGO Melayu seperti Perkasa kebelakangan ini yang menyentuh soal politik kerana kepercayaan terhadap Umno yang selama menjadi juara pembela bangsa semakin terhakis.

"Lebih 50 tahun, kita tidak melihat kewujudan NGO seperti itu sebab selama itu Umno menjuarai isu-isu Melayu," ujarnya sambil mengaskan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak pernah mengalang pembangunan.

Beliau menyalahkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi sangat lemah.

Beliau mendedahkan terdapat sesetengah pihak yang menasihatkanya supaya jangan hadir ke program Perkasa kerana didakwa akan merosakkan reputasi dan nama baiknya.

"Perkasa bukan ekstremis atau kumpulan yang ganas, objektif mereka ialah mempertahankan dan melindungi hak orang Melayu," jelasnya.

Sementara itu beliau berkata, ekonomi Malaysia tidak mencatatkan pertumbuhan yang signifikan sejak lima tahun kebelakangan ini sedangkan isu perkauman hangat diperdebatkan.

"Isu sensitif melibatkan agama dan perkauman sepatutnya dibincangakan secara tertutup semata-mata untuk kestabilan dan pertumbuhan," kata beliau.

Beliau turut menegur tuduhan-tuduhan liar yang mendakwa bahawa orang melayu mengaut semua keuntungan daripada biasiswa hinggalah projek kerajaan.

Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menempelak DAP berkaitan propaganda 'Malaysian Malaysia'.

Selain itu, beliau turut menyelar parti Islam yang yang 'menjual' agama untuk kepentingan diri sendiri.

Turut dikriti beliau, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan pihak asing untuk mengutuk Malaysia berkaitan perbicaraan kes liwatnya.

"Saya menyokong sepenuhnya kepimpinan Perdana Menteri dan menekankan bahawa Perkasa bukan parti politik dan saya amat berharap Umno dapat kembali ke landasan asal iaitu mempertahankan orang Melayu," tegasnya

Ust Badrul Amin calon Hulu Selangor DiCadangkan oleh Anak Kedah






Ini calon pilihan aku untuk Hulu Selangor.. Insya'allah Boleh Menang...

Alasan aku ialah mudah saja...
Dah kawasan ini PKR punya jadi baik angkat seorang USTAZ sebab dengan title yg beliau pegang itu memudahkan gerak kerja kita.
Kalau ambik tokoh koperat susah sikit nanti terpaksa bersaing dengan manipulasi lawan..cth Zahid Ibrahim.. beliau ada sejarah dengan PAS iaitu beliau telah saman HUDUD Kelantan.. walaupon beliau ada hujah tapi susah nak kaunter attack balik pihak lawan yg menggunakan banyak mekanisma untuk buat tohmahan.

Nak lawan UMNO nie kena ambik org yg bersih dan dipercayai... lanie nak bagi orang percaya ambik saja USTAZ sbb cina dan india sekrg lagi percaya USTAZ dari percaya orang yang pakai kot nie....

Nak kempen pon mudah.. cerita saja bab HALAL HARAM DOSA PAHALA... tak yah dok cakap banyak habih cerita...
UMNO ambik la sapa pon... tapi bila berhadapan dengan seorang yg bernama USTAZ tentu orang akan pandang USTAZ sebab dengan ketokohan yg USTAZ bawa bisa diterima oleh semua kaum...

Oklah apa-apa pon terpulanglah kepada pimpinan semua.. tapi pada aku inilah pilihannya...........

http://anakkedah007.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.