PECAH REKOD BUDAK NI... SANGAT HEBAT

Daerahku Sejahtera: Tahniah Bang Cop (SU MKKS)


Mini karnival catat kejayaan tersendiri

SUNGAI LIMAU – Mini Karnival Kedah Sejahtera yang berlangsung selama dua hari di Simpang Tiga Sungai Limau Luar berakhir semalam dengan pelbagai aktiviti menarik selain sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Majlis penutupan disempurnakan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. Pada malam berkenaan juga turut diadakan forum perdana yang mengupas isu Masyarakat Berkualiti.

Setiausaha Bersama Program Mini Karnival Kedah Sejahtera, Yusof Saad, berkata, walaupun karnival seumpama itu kali pertama dianjurkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Kita mendapat sokongan daripada masyarakat setempat terhadap semua aktiviti dan acara yang dianjurkan. Ia sesuatu yang menggembirakan apabila semua pihak menggembleng tenaga bagi menjayakan karnival ini.

“Kemungkinan karnival ini akan menjadi acara tahunan di sini memandangkan kepada sambutan yang diberi. Selain acara yang dipertandingkan, kita juga adakan pameran daripada agensi untuk pihak jabatan berkenaan ketengahkan,” katanya kepada Sinar Harian.



Pengerusi acara pertandingan dan hadiah mini karnival, Ramli Ahmad berkata, semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan daripada penduduk terutamanya acara layang-layang bebas.

Difahamkan peserta yang menyertai acara layang-layang bebas mencecah 166 orang setelah pihak penganjur terpaksa menutup penyertaan kerana tidak mempunyai masa yang cukup.

Ketua pengadil pertandingan layang-layang berkenaan, Md Rodzi Chek Awang, 49, berkata, acara itu diadili dengan melihat wau yang boleh naik paling tinggi.

“Kami mempunyai 10 pengadil yang menjaga setiap cabang wau. Ramai peserta yang mahu menyertai acara ini tetapi kami terpaksa menutup penyertaan kerana tidak mempunyai masa yang cukup,” katanya.

Selain itu, pertandingan gendang silat gayong kuntau jawa dan tomoi juga memeriahkan suasana dengan penyertaan beberapa pasukan dari sekitar daerah Yan.

Ramli berkata, pertandingan memancing ikan pada kali ini amat menarik kerana pemenang tempat pertama mendapat 95 ekor ikan dalam tempoh dua jam berbanding pemenang kedua yang hanya berjaya mendapat 44 ekor.

“Saya sendiri berasa terkejut dengan jumlah ikan yang diperolehnya, begitu berbeza jaraknya dengan pemenang kedua. Apapun tahniah atas kemenangan itu,” katanya.

PENDEDAHAN: Sebelum dilokap Kugan Tidak Cedera


KUALA LUMPUR 24 Feb - Seorang anggota polis hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa A. Kugan yang mati dalam lokap disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa diperiksa di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum dia dimasukkan ke sel lokap.

Konstabel Hairol Anuar Zainuddin, 24, yang bertugas di bahagian penerimaan tahanan di balai itu, berkata pemeriksaan itu dilakukan terhadap sembilan orang tahanan termasuk Kugan.

"Kesemua mereka diarah untuk berdiri kemudian duduk sebanyak 10 kali. Cara itu juga adalah untuk memastikan mereka tidak ada menyimpan bahan larangan yang disimpan di dalam badan," katanya.

Beliau juga berkata itu adalah salah satu proses sebelum mana-mana tahanan atau suspek keluar atau masuk semula ke lokap.

Katanya kesemua mereka termasuk Kugan diarahkan menjalani pemeriksaan itu dalam posisi mencangkung tanpa mengenakan pakaian.

Beliau yang merupakan saksi pendakwaan ketujuh memberi keterangan dalam kes kematian Kugan dalam tahanan polis beberapa hari selepas ditahan pada 15 Januari tahun lepas kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.

Tertuduh dalam perbicaraan kes itu, Konstabel V. Navindran, 28, mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober lalu terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23.

Navindran yang diwakili peguam Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7:00 pagi 16 Januari 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 331,Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada 7:00 pagi dan 4:00 petang di tempat dan pada tarikh yang sama mengikut Seksyen 330 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Hairol Anuar juga menjelaskan Kugan dan lapan lagi tahanan ada menjalani proses pemeriksaan itu pada pukul 12:45 tengah hari, bagi mengetahui sama ada mengalami cedera atau sebaliknya, dan kemudian diarahkan memakai semula pakaian.

Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali, beliau berkata adalah menjadi prosedur polis untuk memeriksa tahanan atau suspek sebelum dibenarkan masuk ke sel lokap bagi memastikan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan.

"Jika terdapat seorang daripada mereka sakit atau cedera, pihak kami akan menghantar ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan dan pihak kami tidak akan menerima suspek atau tahanan jika mereka didapati cedera, ini adalah prosedur kami," katanya ketika disoal Lailawati mengenai proses penerimaan suspek atau tahanan ke lokap.

Ketika ditanya sama ada cara lain boleh digunakan untuk memastikan tiada sebarang kecederaan pada tahanan atau suspek, Hairol Anuar berkata beliau akan bertanya kepada tahanan adakah sesiapa antara mereka yang mengalami kecederaan.

"Jika ada antara mereka yang cedera, saya akan arahkan pegawai yang membawa mereka ke lokap pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke lokap itu semula," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin bersambung hari ini.

Bisikan Membawa Padah : Gurauan Lewat Malam




Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada
ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.

"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing."
Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,

"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah,

'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"

"Baik mama.." kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.
"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata , "Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.