Adun Morib Guna Wang Rakyat Biaya Jentera Umno


Adun Morib Hasiman Sidom didapati menyalahgunakan wang peruntukan buat penduduk Morib untuk membiayai kempen pilihanrayanya dalam PRU12 lalu.

Beliau didapati membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 ribu yang diagih-agihkan kepada 30 Ketua Cawangan Umno di Dun Morib, serta RM60 ribu lagi untuk perbelanjaan Pemuda dan Puteri Umno kawasannya.

Perkara ini didedahkan panel Selcat, Azmin Ali di Pendengaran Awam Selcat, hari ini.

Dato’ Asmawi Kasbi ditegur Azmin kerana gagal menjalakan tugasnya selaku pengawal dana awam, walhal mengetahui wang itu tidak digunakan untuk kebajikan rakyat termiskin, sebalik untuk berkempen.

Asmawi memberi alasan Perbendaharaan Negeri tidak mengeluarkan arahan jelas melarang bayaran dibuat ke atas badan politik.

“Bagi Adun Morib, YB Hasiman Sidom daripada 500 ribu ringgit, 120 ribu ringgit diserahkan kepada Umno bahagian, Pemuda dan Puteri 60 ribu, cawangan-cawangan Umno sebanyak 30, 60 ribu juga, makna dari 500 ribu, lebih 1 perlima diserahkan kepada Umno,”katanya.

Hasiman Sidom dilaporkan turut menggesa Asmawi membenarkan wang rakyat Morib dibelanjakan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Umno di 16 pusat daerah mengundi.

Selcat juga diberitahu sejumlah RM25 ribu ringgit disalahguna untuk kerja-kerja pengubahsuaian Pusat Khidmat Rakyat.

Namun apa yang lebih mengejutkan apabila kesemua cek pembayaran yang dibuat atas nama pemimpin Umno itu habis digunakan dalam masa sesingkat 1 bulan setengah.

“Maknanya kalau apa-apa pembayaran itu tuntutan itu dibuat mengikut peraturan kita bayar, cuma penerimanya sama ada Umno atau bukan saya rasa bukan tanggungjawab saya, maknanya patutnya wakil rakyat kena tentukan sendiri kebanyakan penerima-penerima adalah orang tempatan situ, cuma nama jer mungkin Umno, tapi mungkin penerimanya yang sebenarnya yang mendapat faedah tak semestinya orang Umno,”jelasnya.

taktik umno alih isu.....

Solat hajat untuk Kelantan dan Perak Malam ni


KUALA LUMPUR, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru ahli dan penyokong untuk melakukan Solat hajat secara serentak diseluruh negara pada malam ini 28 Januari 2010, selepas waktu Isyak.

Program ini khusus bagi memohon kepada Allah swt semoga rakyat Kelantan mendapat hak mereka dalam tuntutan royalti dan Negeri Perak mendapatkan semula Menteri Besar yang dirampas jawatannya oleh Umno-Barisan Nasional tahun lepas.

Program ini boleh diadakan dimasjid surau serta markas-markas PAS sebagai menunjukan keprihatinan kita kepada rakyat di kedua-dua negeri yang tertindas ini.

PAS yakin doa-doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah dan kezaliman dapat ditumpaskan, kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

"PAS menyakini bantuan Allah dan sesekali kita tidak akan berputus harap sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada rakyat yang ditindas ini," katanya.

Hisham: 10, termasuk 9 rakyat asing ditahan ISA


Jan 27, 10, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan 10 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan.

Pada sidang akhbarnya Putrajaya, beliau berkata, semua 10 yang ditahan itu tersenarai sebagai suspek pengganas yang dikehendaki yang cuba merancang melakukan serangan.

Hishamuddin juga menyifatkan mereka yang ditahan itu boleh memberi ancaman kepada keselamatan.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran mereka yang ditahan dan warga negara suspek terbabit.

Hishamuddin juga menafikan jumlah yang ditahan bukannnya 50 orang.

Sebelum ini, peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pejuang hak asasi, Edmund Bon mendedahkan lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan ditahan Khamis lalu.

Menurut Edmund, mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

Katnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala yang lainnya masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.

ISA membenarkan penahanan tanpa bicara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.