Terkini!!! Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Cabar Hudud Kelantan Oleh Parti Gerakan.. Jom Terjah!!!

 

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan Gerakan untuk mencabar undang-undang hudud daripada dilaksana di Kelantan.

Hakim Azman Abdullah membenarkan bantahan awal oleh kerajaan negeri Kelantan.

Gerakan juga diarah membayar kos RM10,000.

Peguam Gerakan Andy Yong ketika dihubungi Malaysiakini berkata Kelantan tidak pernah memfailkan afidavit atau hadir semasa pengurusan kes.

“Kami kecewa dengan keputusan ini kerana notis bantahan awal hanya berdasar alasan Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa untuk mendengar kes itu kerana ia tertakluk bawa Mahkamah Persekutuan.

“Hakim sediakan 19 halaman alasan bertulis hanya untuk PO (bantahan awal). Ini tidak pernah berlaku!” katanya.

“Duluan yang buruk, di masa depan tidak perlu failkan permohonan untuk ketepi kes atau jawab afidavit, buat bantahan awal sudah cukup.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.