Kedah Nafi Pemain Import Hamidan Disingkir, Ini Disahkan Oleh YB Dr Hamdan

ALOR SETAR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) hari ini menafikan khabar angin bahawa penyerang import dari Ghana, Mohammed Hamidan telah disingkirkan.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Hamdan Mohamed Khalib berkata, khabar angin kononnya KFA telah memberi surat penyingkiran kepada Hamidan seperti yang didakwa oleh segelintir penyokong Kedah dalam laman sosial facebook adalah tidak benar.
Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak KFA akan meneliti laporan prestasi pemain import Kedah itu pada mesyuarat Rabu depan bagi menentukan nasib sama ada Hamidan akan kekal bersama Kedah.
Katanya, hanya Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din dan Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berhak menentukan perkara itu kerana mereka yang lebih tahu dan arif tentang pemain dalam pasukan mereka.
“Setakat ini Hamidan telah dapat menyesuaikan diri dengan pasukan Kedah dan ini telah memberi keyakinan baru kepada Wan Jamak terhadapnya (Hamidan) dalam usaha memburu kemenangan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Hamidan sebelum ini dikritik banyak pihak berikutan gagal beraksi dengan baik dan dikatakan akan disingkirkan tetapi mula menunjukkan prestasi yang baik apabila Berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhir.
Beliau meraih masing-masing dua gol dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA ketika mengalahkan T-Team 2-1 pada 27 Mac lepas dan ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super Sabtu lepas.
Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain midfield Abd Elfatah Safi. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.