Lawyer Latheefa: Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret, Jom Terjah!!!



Palang dan kawat berduri yang dipasang bagi menghalang peserta BERSIH 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka tidak menepati spefikasi yang ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya, penghalang dan kawat berduri itu jauh daripada batasan yang ditetapkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi itu pada 28 April lalu.

“Mahkamah sudah mengeluarkan satu perintah bahawa kononnya terdapat larangan di kawasan tertentu dengan radius tertentu dan mengatakan itu adalah kawasan larangan,

“Tetapi kita belum dapat kepastian kenapa palang penghalang yang diletakan oleh polis jauh menjangkau luar dari batasan yang dibenarkan dalam perintah tersebut,” kata Latheefa apabila dihubungi TVSelangor.

Dr Maszlee Malik, Moderator Debat Sinar - Isu PTPTN Amat Biadab & Melampau?? Jom Terjah..


Ini bukan budaya barat. Ini budaya selatan kot~

Kenapa biadab sungguh Dr Maszlee Malik sehingga sanggup mencabar Dato' Seri Najib dan Dato'  Seri Anwar untuk berdebat. Tahukan Dr Maszlee berdebat ini adalah budaya barat. Kenapa kita harus libatkan Najib untuk terjebak dalam budaya barat ini. Cukuplah bertandingan debat peringkat sekolah dan Universiti mengikut budaya barat, cukuplah KJ dan Rafizi untuk meniru budaya barat tetapi jangan sesekali libatkan Najib yang mulia itu untuk terlibat dalam budaya barat itu.

Dr Maszlee juga telah melontarkan cabaran debat itu kepada DSN dan DSAI. Mengapa masih mahu melontarkan cabaran kepada DSAI, bukankah DSAI telah beberapa kali mencabar Najib untuk berdebat dan terbaru DSAI sanggup untuk berdebat sekali gus antara Anwar, Najib dan Raja Petra. Namun sehingga ke hari ini debat itu masih belum terlaksana kerana bagi UMNO debat ini adalah budaya barat.

Video2 Panas!! Debat PTPTN: Benarkah YB Khairi Gagal Dalam Perdebatan Ini? Jom Terjah Inilah Rakaman Penuh Debat PTPTN...


Buat teman-teman yang tak dapat ikuti  Debat Secara Langsung inilah rakaman penuhnya. Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

 
 Debat PTPTN: YB Khairy vs Rafizi [22 Mei 2012 10.00 malam]











Panas!!! LIVE Debat PTPTN Antara Khairy Vs Rafizi... Jom Terjah!!!


Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung malam ini. Debat ini akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat kali ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

TAMAT...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.