Panas Berapi!!! Siaran Langsung Dari Mini Stadium Guar Chempedak - Himpunan Jentera Pilihanraya Kedah



Siaran Langsung












Alor Setar - Ribuan petugas pilihanraya PAS Kedah  berhimpun di Stadium Mini Guar Chempedak pada malam ini.



Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad, program yang dinamakan Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Kedah itu mengundang semua petugas pilihanraya bermula dari peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan DUN (MTD), Kawasan dan Dewan-dewan di semua peringkat.



"Program ini boleh dianggap sebagai himpunan pembakar semangat dan penyampaian amanat yang terbesar  di kalangan petugas pilihanraya PAS, mungkin juga menjadi himpunan terakhir petugas sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangkakan berlaku dalam tempoh terdekat," ujarnya.

Kenapa Stadium BUKIT JALIL Penuh Dengan GELOMBANG MERAH! Jom Terjah



Dengki?

Bukan. Ada masa untuk dengki. Tapi bukan dengki untuk perkara neh. Aku kuat dengki. Tapi benda lain. Aku sememangnya berfikiran terbuka dalam isu neh. 

Bagi aku kalau umno ;

1. Membayar + sponsor tempat tinggal, transport, bagi tshirt, makan apa seme 

dan

2. Kerah atau arah ahli umno hadir

ke perhimpunan ulangtahun umno, bukanlah perkara yang salah. 

Takut Disaman: Utusan Akui Salah, Minta Maaf Kepada Senator Australia

Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

nick xenophon 290412"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusandipetik.

Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.

Gambar2 Hot: Penyanyi Aishah Serah Borang Ahli PAS Kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Pyan Habib mendeklamasi puisi

Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan

Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.