Prof. Dr. Shad: Kelantan Tidak Layak Dapat Royalti


Mai Pakat Lawan Sapa lagi Pakar Undang2....

Pening La Rakyat Jelata Kalau Macam Nie...
SAPA BETULLL....


KUALA LUMPUR 20 Mac - Seorang pakar Perlembagaan negara, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, Kelantan tidak layak untuk menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus daripada hasil cari gali minyak di luar pantai negeri itu.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan kawasan luar pantai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat dan bukannya negeri.

"Walaupun terdapat Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyatakan negeri berhak mendapat royalti bagi kawasan luar pantai, ia tidak boleh diguna pakai kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,'' katanya. - Utusan

Kerana No. Plat, Rakyat M'sia Sanggup Membazir


Nombor Plat "TAY 1" Dibeli Dengan Harga RM220,000
Boleh Beli BMW sebijik Bagi Kat Pak Mat Sedaka

KUALA TERENGGANU: Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Feb lalu.

"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.

Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000. - BERNAMA

KEHEBATAN SEPANJANG 20 TAHUN MENJADI MB


TGNA SEPANJANG 20 TAHUN MENJADI MB

Firman Allah swt maksudnya:
Yusof A.S Berkata: Jadikan daku Pengurus Perbendaharaan Hasil Bumi ( MESIR ), Sesunguhnya Aku Sedia Menjaga Dengan Sebagainya Lagi Mengenai Cara Mentadbirnya( surah Yusof ayat 55 )

Istimewanya TGNA sebagai pendakwah Islam pertama menjadi Ketua Eksekutif sebuah negeri. Jawatan MB telah merubah persepsi masyarakat terhadap agamawan. Dunia Islam ketandusan Ketua Negara yg alim serta warak selepas kejatuhan empayar Turki Othmaniah. Pemerintahan Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat menjadi satu lipatan sejarah.

Banyak kajian dilakukan tetapi bermotif akademik sahaja dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat moden.

Sejak merdeka kehadiran agamawan hanya dilihat sebagai elemen untuk kerja2 agama seperti halal haram dan nikah kahwin sahaja.

Tuntutan kearah Islam yg syumul mencapai objektifnya bila TGNA diangkat menjadi ketua sebuah kerajaan. TGNA yg dulunya dikenali sebagai Ust Nik Aziz maju ke depan bila menjadi Tok Guru Nik Aziz.

Uniknya gelaran Tok Guru adalah panggilan tertinggi yg dikurnia oleh rakyat mengatasi Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk.

Banyak persamaan antara TGNA, TGHH, Dr Yusof Qardawi, Hasan Turabi, Syeikh Abdullah Yusof ( Ulama Sudan ), AA Gym ( Ulama Indonesia ) , Muhd Sayyed Tantawi ( Syeikhul Azhar ), Habib Umar ( Ulama Yaman )... bezanya TGNA diambang kuasa manakala ulama2 lain hanya berdakwah.

Kita diajar bahawa Rasulullah saw adalah Pendakwah ulung yg berkuasa mutlak pertama di muka bumi. Usahkan Ulama, Rasul2 dan Nabi2 terdahulu mengakui kerasulan Muhammad saw yg serba lengkap dan dikasihi Allah swt.

Baginda saw adalah Ayah, Mertua, Menantu, Datuk, Ulama, Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi GLC ( ghanimah ) dalam Kerajaan Islam Madinah.

Sabda Rasulullah saw " Ulama adalah pewaris nabi". TGNA mewarisi pusaka dari Nabinya 2 perkara iaitu agenda dakwah dan urusan pentadbiran kerajaan. Senarai Ulama tersohor di atas hanya mewarisi kerja2 dakwah sahaja.

Penyebaran Syiar Islam akan memuncak bila Umarak memerintah dengan penuh taqwa. Cabaran utama sebuah kerajaan ialah kemewahan dan harta benda, satu tuntutan hawa nafsu yg mampu disekat dengan benteng iman dan taqwa.

Nabi Yusof as pernah menjadi Umarak / Menteri Kewangan Mesir, menguruskan harta / kewangan Kerajaan Mesir. Sepanjang berkuasa baginda menjunjung prinsip taqwa dan meletakkan Iman dilandasan yg betul.

Justeru Baginda dilihat bijak, adil serta telus dalam menjalankan tugas besar. Dengan Wahyu dari Allah baginda berjaya mengharungi 7 tahun kemarau dan 7 tahun subur dengan jayanya.

Tidak pernah tercatit dalam AlQuran cerita Nabi Yusof membahagi2 harta negara kepada adik beradiknya @ saudara terdekat sepanjang diamanahkan menjadi Menteri Kewangan.

Islam menguasai hampir 2/3 dunia zaman Khalifah Umar alKhattab yg hidupnya sangat fakir bila berkuasa. Justeru Islam berjaya disebar dengan penuh sederhana dan meletakkan Iman serta Taqwa di sudut teratas.

Politik Islam dilihat teguh mengalahkan sistem demokrasi yg diamalkan Barat ( sekular ) . Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah menjadi garis pemisah antara siasah Islam dengan Politik demokrasi yg berpaksi kepada teori manusia semata2.

Rasuah, kroni dan pilih kasih menjadi musuh Islam dan Demokrasi. Bezanya Islam menghukum dosa pahala sedangkan Demokrasi bersenjatakan Integriti. Gejala itu telah meruntuhkan peradaban sesebuah tamadun sejak zaman berzaman.

Tokoh2 Umarak seperti Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh hanya sekadar sebutan, sukar mencari pengganti yg sealiran dengan cara hidup mereka. Kejayaan mereka kerana kesederhanaan dalam memerintah.

Kemenangan perjuangan Islam kerana berkat dari Allah swt, bukan kerana hebat longistik. Pemerintahan yg bertunjang prinsip Iman dan Taqwa selari dengan slogan Amal Makruf Nahi Mungkar.

Fakta sejarah mengatakan bahawa Pemerintah yg hebat Khalifah Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh berkuasa dalam waktu yg singkat, tidak melebihi 10 tahun. Tempoh tersebut menjauhkan kroni dan rasuah dari meresap ke urat nadi penguasa.

20 tahun sebagai MB cukup panjang buat TGNA berkuasa dan berhadapan dengan 3 PM UMNO. Hebatnya TGNA kerana sokongan padu rakyat walau berdepan serangan UMNO dari segenap sudut.

Terlalu lama ditampuk kuasa dilihat sebagai kekuatan dalam keserabutan. Tempoh yg lama membuka ruang untuk anasir2 yg ditolak Islam ( korupsi dan kroni ) cuba menggantikan sikap telus, jujur dan beriman yg digariskan dalam konteks "good governance".

Serangan musuh dari luar sudah hilang bisa, kini lahir pula "musuh dalam selimut" yg sukar dibendung. Kapitalis dan oppurtunist berperanan besar dengan mempengaruhi keluarga terdekat TGNA untuk menjadi "dalang" dengan agenda tersembunyi.

Mungkin masanya sudah tiba untuk TGNA menilai prestasi barisan pelapis yg telah digilap sebagai pengganti. jangan biarkan bakat yg terpendam menjadi sia2 kerana fitrah semulajadi manusia.

Tiada kurangnya bakat Dato Ahmad Yakop, Dato Husam Musa dan Dato Nik amar. Mereka hanya menunggu "green light" untuk meneruskan kesinambungan sebuah pemerintahan yg selama ini menerima sumbangan idea dan tenaga tanpa sebarang prasangka.

Sekian dari cilipadi007

DBP: Benarkah Johan Jaafar Akan Diganti??...


Sidek Baba ganti Johan Jaafar di DBP?

KUALA LUMPUR: Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Sidek Baba belum menerima maklumat pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Desas-desus berhubung beliau akan menggantikan jawatan yang disandang Datuk Johan Jaafar sebelum ini, bagaimanapun sudah tersebar begitu meluas melalui siaran laman-laman dan blog-blog tertentu.

Dalam suatu kenyataan kepada erapakatan.com hari ini, beliau yang pernah menjadi Ketua Satu Penama (Persatuan Penulis Negeri Melaka) berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan desas-desus khabar itu kerana belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana pihak secara bertulis.

"Saya tidak menerima apa-apa maklumat rasmi mengenainya.Saya tak tahu apa-apa perkembangan tentang hal itu, tetapi spekulasi mengenai perkara ini kuat diperkatakan menerusi blog-blog tertentu," kata beliau yang berada di Singapura ketika dihubungi tadi.

Mantan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Melaka dan Abim Pusat ini pernah menerima anugerah Perdana Maulidur Rasul tahun lalu peringkat kebangsaan, selain diamanahkan sebagai Presiden Nafis (Nadwah Persuratan Islam Malaysia) sebelum ini.

Beliau turut terlibat sebagai penulis pojok Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah I serta diundang memberi pengisian di ruangan Santapan Rohani, Radio IKIM.fm dan program Santapan Minda, Selangor FM.

Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi daripada 1992 sehingga 1994.

Sejak 1994 hingga 2002, beliau yang mesra dikenali dalam kalangan mahasiswa sebagai 'Cikgu Sidek' telah dilantik sebagai Timbalan Rektor UIAM.

Penulis blog Muhammad Azli Shukri di bawah catatan berjudul, 'DBP 2010, Legasi JJ Berakhir' dalam blog beliau, mengalu-alukan kedatangan Sidek Baba dalam DBP menerusi tulisan tersebut.

"Risik-risik, antara calon yang layak menggantikan Datuk Johan Jaafar sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan direstui oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, ialah Dr Sidek Baba, seorang ahli akademik, penulis prolifik, pakar motivasi, pendidik dan ilmuan Islam yang tersohor.

"Namanya disebut-sebut sebagai calon paling berpotensi untuk mengembalikan semula DBP ke era emasnya. Saya percaya dan yakin, sama ada Kesatuan Sekerja DBP, mahu pun pihak pengurusan DBP, mereka bersedia dipimpin Sidek Baba, seorang yang jujur, amanah dan tidak bermain politik," tambah beliau.

Melalui tulisan tersebut, Muhammad Azli menyifatkan hal kemerosotan badan berkanun itu bermula dengan campurtangan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP berhubung isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang menyebabkan wujudnya pergolakan antara pengurusan DBP dengan Kesatuan Sekerja DBP.

"Akhirnya, tambah beliau, " hal itu menyebabkan pekerja DBP berpecah kepada tiga puak."

Kumpulan pertama, tambahnya, adalah penyokong Johan Jaafar, sementara kumpulan kedua, memihak Kesatuan Pekerja DBP dan kumpulan ketiga adalah kumpulan yang mengambil sikap berkecuali.

"Teka-teki sama ada kontrak Johan Jaafar akan disambung atau tidak makin panas. Tempoh kontrak itu akan berakhir, Menteri Pelajaran masih belum memutuskan sama ada Johan Jaafar akan disambung kontraknya atau beliau boleh terus melupakannya," tambah Muhammad Azli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.