BANGANG!!! Kritik Tangkap Ponteng Puasa, Menteri Dikecam Netizen...



Putrajaya: Desakan YB Khairy Jamaluddin (KJ) supaya penguatkuasa agama di Malaysia tidak menangkap Muslim yang tidak berpuasa dan menumpukan kepada kebajikan asnaf mendapat kecaman netizen. Menurutnya, jabatan-jabatan agama perlu ditekan oleh masyarakat agar tidak menangkap orang-orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadan.

Tambah KJ lagi, adalah lebih penting untuk wang tersebut untuk dibelanjakan membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik berbanding sekiranya digunakan untuk menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan Ramadan. Ramai dari kalangan netizen menempelak KJ kerana tidak tahu membezakan bidangkuasa antara jabatan agama bahagian penguatkuasaan dan jabatan agama yang memberi fokus kepada kerja-kerja bantuan kebajikan.

Titah Sultan: Kenyataan Akhbar PAS Selangor Mengenai kedudukan Exco PAS



PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekali gus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka. PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

Isu 3 Exco PAS di Selangor: Akhirnya MB Azmin 'MENANG'.. PKR Makin Celaru La....



SHAH ALAM – PKR setuju dengan pendekatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan tiga wakil Pas dalam Exco Kerajaan Negeri.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Biro Politik PKR yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui Kerajaan Negeri dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Wakil Rakyat PKR, Wong Chen Tak Puas Hati Cara Kerajaan Selangor Audit Pusat Khidmat, Apa Sebenarnya?



Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara audit yang dijalankan ke atas pusat khidmatnya oleh Perbendaharaan Negeri Selangor.

Menurut Wong Cheng, audit yang dijalankan pada Mac 2016 ke atas perbelanjaan di pejabat beliau di Kelana Jaya pada 2014 dan 2015, dibuat tanpa pengetahuannya.

"Perbendaharaan Negeri Selangor tidak cuba beritahu kami, melawat pejabat atau mendapatkan penjelasan daripada kakitangan saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.