10/10/10 - Hari Bersejarah, Jom Tengok Celebriti Yang Berkahwin Hari Ini

gambar perkahwinan angkasawan negara

Hari ini merupakan tarikh keramat bagi beribu-ribu pasangan di Malaysia. 10.10.10. Rasanya ramai sungguh pasangan yang bakal bergelar pengantin pada hari ini. Paling gah sudah semestinya perkahwinan angkasawan negara kita, Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina. Rasanya wedding mereka berdua bakal menjadi wedding of the year.

Untuk makluman, Aqasha jugak bakal bergelar seorang suami hari ini. Kami dulu pernah berkongsi gambar pertunangan Aqasha suatu ketika dahulu. Nanti kalau ada gambar perkahwinan /pernikahan / persandingan Aqasha akan kami kongsikan di sini.

Sambung Baca Di sini

Program Jamuan Raya PKR Johor Diganggu Polis



KENYATAAN MEDIA
oleh Ahmad Anwar Asyraf

SERANGAN KE ATAS MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KEADILAN JOHOR - BUKTI UMNO-BN BAKAL TERSUNGKUR DI TANAH KELAHIRANNYA

Angkatan Muda Keadilan Johor (AMKJ) mengecam keras tindakan polis yang melakukan intimidasi melampau ke atas program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kg. Air Manis, Kulaijaya pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010.

Majlis jamuan yang sepatutnya disambut dengan gembira dan penuh semangat perpaduan telah bertukar menjadi medan provokasi pihak Polis apabila mereka merempuh masuk ke dalam premis persendirian dan program yang telah dianjurkan.

Majlis turut dicemari oleh insiden mematahkan mikrofon, merampas "banner" dan peralatan audio oleh pihak Polis.

Tindakan kali kedua pihak Polis menggangu program Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kulaijaya semakin mengesahkan telahan umum kemungkinan pasukan Polis Johor telah dijadikan alat tunggangan pemimpin UMNO-BN Johor.

Tindakan tidak professional dan beretika ini amat mendukacitakan dan semakin memberikan persepsi buruk terhadap pasukan PDRM sendiri.

AMKJ menyelar keras tindakan menghalang mana - mana individu atau parti politik yang berdaftar untuk mengadakan majlis Sambutan Perayaan selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Malahan juga Seksyen 27, Akta Polis turut tidak terpakai dalam perkara ini. Majlis yang diadakan merupakan majlis persendirian di premis persendirian dan tetamu yang hadir adalah melalui jemputan (by invitation).

AMKJ melihat tindakan ini sebagai satu lagi siri ketakutan dan kegagalan UMNO-BN Johor. Melihat kebangkitan rakyat melaksanakan pembaharuan dan menyokong agenda Reformasi menolak pemerintahan kuno UMNO-BN, lalu menghalalkan cara menghalang, menakutkan dan membonsaikan fikrah rakyat Johor.

Tindakan menggunakan pihak Polis untuk menimbulkan provokasi dan kekacauan adalah satu tindakan yang mencemarkan maruah PDRM. Pasukan PDRM adalah sebuah pasukan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah, bukannya untuk melakukan intimidasi ganas terhadap program - program Parti Oposisi dan menjaga jangka hayat UMNO-BN.

AMKJ menggesa agar Ketua Polis Negara yang baru dapat membersihkan institusi PDRM daripada kawalan politik UMNO-BN dan menginsafi tugas hakiki mereka iaitu berkhidmat untuk rakyat,mencegah jenayah, dan bersikap berkecuali bukan untuk menuruti pemimpin yang bersikap sombong dan bongkak.

AMKJ menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada SUHAKAM dan menyokong setiap langkah dan tindakan yang bakal diambil oleh KEADILAN NEGERI JOHOR dan KEADILAN CABANG KULAIJAYA berkaitan tragedi ini.

AMKJ akan terus melaksana tugas menjadi agen perubahan memberikan pendedahan kepada rakyat khasnya golongan anak muda mengenai penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, penindasan dan perbuatan - perbuatan ganas, sombong dan bongkak ini agar UMNO-BN akan ditumbangkan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

AMKJ juga turut menyatakan komitmen kami untuk membangkitkan sentimen perubahan ke arah memartabatkan rakyat Johor melalui sebuah kerajaan adil, telus dan prihatin Pakatan Rakyat melangkah megah ke Nusa Jaya

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Setiausaha

ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR









PRK Parlimen Batu Sapi Akan Diadakan : MP Maut Terlibat Nahas

KOTA KINABALU: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Rahimi Osman Menjawab Kenyataan Peguam

SHAH ALAM 9 Okt. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman hari ini menjawab kenyataan peguam, Latheefa Koya menerusi portal propembangkang, Malaysiakini.com susulan dakwaan Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah termasuk berkaitan kes liwat bekas majikannya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa menafikan wujudnya unsur paksaan terhadap Muhamad Rahimi ketika menandatangani kedua-dua akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

Latheefa adalah salah seorang daripada dua peguam yang didakwa Muhammad Rahimi telah memaksanya menandatangani dua akuan bersumpah.

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatanganinya adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut kenyataan penuh Muhamad Rahimi yang dihantar kepada media di sini menerusi e-mel hari ini:

SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:

1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.

3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.

4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?

5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.

6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.

7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, majlis itu akan menunggu hasil siasatan berhubung salah laku seorang ahlinya yang dikatakan memaksa Muhamad Rahimi Osman menandatangani dua surat akuan bersumpah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Ragunath berkata, sekiranya hasil siasatan yang diperoleh membuktikan peguam berkenaan terlibat secara langsung dengan perbuatan itu, maka tindakan segera akan diambil terhadapnya.

"Laporan (polis) telah dibuat jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan kerana buat masa sekarang belum pasti sama ada peguam itu terlibat mengugut Muhamad Rahimi.

"Jika betul dia terlibat dan mempunyai bukti, maka kita akan bawa perkara ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.