Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.
Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.
“Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya,” katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu “jawatan yang diwartakan”, Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.