PANAS!!! Berita Mengaibkan Ini Pastinya Tidak Disiarkan Oleh Utusan Malaysia.. Jom Terjah!!!


Peningkatan kes tembakan dan pembunuhan di Malaysia membimbangkan pelabur asing mengenai kadar keselamatan negara Asia Tenggara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Terdapat sekurang-kurangnya 35 kes tembakan dilaporkan di seluruh negara sejak Mei yang menyebabkan 22 orang terbunuh.

Kes pembunuhan berprofil tinggi pengasas bank Ahmad Hussain Najadi di siang hari akhir bulan lalu menarik perhatian dan memberikan isyarat kepada komuniti perniagaan kadar keselamatan tidak berada dalam keadaan baik.
Presiden Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC), Roger Poulin berkata, peningkatan dalam jenayah ganas membimbangkan pelabur.“Kami berharap kerajaan boleh mengawalnya,” kata Poulin kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur minggu ini.

Bekas presiden Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM), Datuk Nicholas Zefferys mengatakan ahli bimbang tetapi masih belum ditahap menarik semula pelaburan mereka di Malaysia.

“Selagi terdapat langkah berterus memerangi jenayah, saya fikir kebimbangan pelabur dapat diredakan.“Keadaan buruk tetapi masih belum parah,” tambah Zefferys.

Dewan perniagaan British, Jerman, Jepun dan Korea enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. Ahli perniagaan daripada keempat-empat negara itu mempunyai saiz pelaburan besar di Malaysia.

Salah seorang pengarah eksekutif dari dewan perniagaan ini mengatakan beliau tidak mahu memberikan komen kerana kerjanya adalah mempromosikan pelaburan ke Malaysia dan peningkatan jenayah boleh menjejaskan pelaburan.

Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.

Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain, kata seorang pengurus dana.

“Reputasi jangka panjang Malaysia sebagai tempat selamat kepada pelabur dalam bahaya dan persepsi jenayah tidak terkawal mungkin menyebabkan pelabur memikirkan semula Malaysia sebagai destinasi pelaburan.“Pihak berkuasa mesti bertindak pantas untuk memerangi peningkatan jenayah ganas,” kata pengurus dana tempatan itu.

Zefferys berkata, kerajaan perlu berbuat lebih untuk menangani persepsi tiada apa-apa dilakukan untuk mengekang peningkatan jenayah.“Penyiasatan berkaitan jenayah perlu melibatkan agensi kerajaan untuk menghalang kemungkinan terdapat pakatan sulit,” katanya.

Polis dan ahli Parlimen kerajaan menyalahkan peningkatan keganasan terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011 yang menyebabkan 2,600 penjenayah berat dan ahli kongsi gelap bebas daripada tahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan undang-undang warisan penjajah itu yang membenarkan suspek ditahan selama dua tahun tanpa bicara untuk memenuhi tuntutan hak asasi manusia.

Pengundi mengatakan jenayah dan masalah sosial adalah kebimbangan utama mereka selepas ekonomi dalam satu tinjauan terhadap 1,018 orang Disember lalu dilakukan oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research. 

-The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.