Laporan menyebut sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menangkap beliau dan menyita beberapa barangan bukti termasuk sejumlah wang dolar Amerika serta beberapa dokumen dari kediamannya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan.
Rudi, yang kini menyandang jawatan Ketua Pasukan Petugas Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Indonesia, disyaki menerima rasuah dari syarikat berkenaan sebanyak dua kali iaitu AS$300,000 pada bulan Ramadan lalu dan AS$400,000 lagi selepas perayaan Aidilfitri, menjadikan jumlah wang yang diterimanya AS$700,000.
Beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri ESDM selama kira-kira tujuh bulan mulai pertengahan tahun 2012, sebelum dilantik sebagai Ketua SKK Migas pada pertengahan Januari tahun ini.
SKK Migas ialah agensi yang mengambil alih peranan Badan Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas (BP Migas) Indonesia yang dibubarkan oleh keputusan Mahkamah Konstitusi Indonesia kerana kewujudannya didapati tidak berperlembagaan.
Rudi, yang juga seorang ahli akademik, sebelum ini pernah menjadi Penasihat Pakar kepada Ketua BP Migas pada 2009-2010 dan Timbalan Ketua Pengendalian Operasi BP Migas pada 2011-2012.
Banyak tokoh nasional hari ini menyatakan rasa terkejut dengan berita penangkapan Rudi.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sehingga hingga pagi Rabu belum menerima laporan daripada Menteri ESDM Jero Wacik tentang penangkapan Rudi. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment