Kejam!!! (18SG) Inilah Video Lelaki Serang Bekas Teman Wanitanya Dengan Penukul Tersebar.. Jom Terjah!!!

Lelaki tersebut bertindak memukul bekas teman wanitanya dengan penukul.
PETALING JAYA: Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet.
Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul.
Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya.
Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.

Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.
Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad.
Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama.
Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.
Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.