Terkini!!! (Video) Surau “Meditasi” Buddha Mungkin Diroboh, Pemilik Resort Ditangkap Polis.. Jom Terjah!!


Keputusan untuk merobohkan surau yang dijadikan tapak meditasi oleh penganut Buddha di Kota Tinggi, Johor akan dibincangkan hari ini oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Hasrin Kamal Hashim.
Mohd Tahrir berkata, langkah berkenaan dicadangkan bagi mengelak kontroversi rumah ibadat yang menjadi perhatian ramai di media sosial berlarutan.
Sementara itu, pihak polis menahan pemilik Resort Tanjung Sutera di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan memberi kebenaran surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pemilik berkenaan ditahan di resortnya jam dua petang semalam.
"Kami akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya memetik kenyataan daripada portal berita Astro Awani.
Beliau berkata, polis dijangka membawa pengurus terbabit ke Mahkamah Kota Tinggi hari ini bagi mendapat perintah tahanan reman.
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) semalam berpendapat tindakan sekumpulan penganut ajaran Buddha yang menjadikan surau sebagai tempat untuk bermeditasi adalah pelakuan menghina Islam.
Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut berkata tindakan mereka bukan hanya menyakiti perasaan orang Islam namun turut menghina agama Islam.
Katanya, tindakan tegas dengan penguatkuasaan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini perlu diambil supaya kejadian berkenaan tidak berulang.
Sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube pada 10 Ogos lalu menunjukkan sekumpulan sami dalam sebuah bangunan kecil melakukan meditasi di hadapan potret Buddha.
Video sepanjang 63 saat itu bertajuk “Cina Buddha sembahyang di surau; surau jadi tokong” dimuat naik oleh “Sebastianphiu” dan ditonton lebih 10,000 kali.
Lokasi kawasan surau turut dinyatakan dalam video berkenaan iaitu di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Pengurus resort itu mempertahankan keputusannya memberi kebenaran kepada penganut Buddha menggunakan surau.
Katanya, surau berkenaan hanya digunakan untuk bermeditasi dan tidak menganggap perkara itu sebagai satu kesalahan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.