Updated!! Kemalangan Tragis!! (Gambar2) 37 Disahkan Maut Selepas Bas Terjatuh Ke Dalam Gaung Dekat Genting.. Jom Terjah!!!

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati selepas sebuah bas yang membawa pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, sehingga kini seramai 17 mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Seorang daripada mangsa yang dikeluarkan terbunuh dan dibawa ke hospital.
"Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya.
Laporan terkini!!!
Sehingga kini, 33 mayat ditemui di lokasi sebuah bas ekspres terjatuh ke dalam gaung di Lebuh Raya Karak dekat Genting menghala ke ibu negara kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit. 

Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 

Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.