Terkini!!! Wakil Rakyat KawasanKu Angkat Sumpah ADUN Kedah Di Hospital



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Mantan Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.



Prosedur tersebut diadakan khusus kepada beliau di Wad Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah, di sini tengah hari tadi.

Angkat sumpah itu diadakan dihadapan Speaker Dun Kedah, Dato' Paduka Md Rozai Shafian dengan turut disaksikan Timbalan Speaker Dun, Azmi Che Husain dan Setiausaha Dun, Syed Isa Syed Ibrahim.

Hadir sama Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Dato' Anas Ahmad Zakie dan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah.

Ustaz Azizan yang merupakan Adun Sungai Limau mengangguk setuju dengan teks sumpah dibacakan kepadanya sebelum menurunkan cap jari di watikah akuan sumpah Adun.

Beliau merupakan satu-satunya Adun yang belum mengangkat sumpah dan prosedur tersebut terpaksa diadakan khusus buatnya berikutan masih menerima rawatan sejak pembedahan Mei lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.