Terkini!!! Jadi, Siapa Bunuh Altantuya? Dan Kenapa? Jom Terjah....

Lala, tunang bekas ketua inspektor Azilah Hadri di luar mahkamah selepas keputusan mahkamah membebaskan tunangnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Lala, tunang bekas ketua inspektor Azilah Hadri di luar mahkamah selepas keputusan mahkamah membebaskan tunangnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006. Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’.  – 23 Ogos, 2013.

1 comments:

  1. Jeng,jeng,jengggggg.....sebenarnya Alahantuya mengikat dirinya dan menembak serta meng C4kan dirinya sendiri! Dia masuk ke Malaysia pun pakai ilmu ghaib sebab tu takde rekod masuk! Kitakan negara 1Malaysia yang punya banyak perkara pelik dan 'kemungkinan-kemungkinan yang tidak akan berakhir' @ endless posibilities!. Akhirnya ini semua salah Anwar! He,he,he....macam dinegeri Pasir Berdengung,mahkamah kangaroo dan hakim berok! Syukur Malaysia aman!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.