Hari Rabu ini satu kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik, perggh aku peminat diaa beb.
Sebenarnya aku adalah salah seorang peminat tegar kumpulan ini, dan merupakan ikon dan ikutan semasa dibangku sekolah, sebenarnya tidak salah untuk mendengar muzik ini tetapi kena tahu lirik dan batasan agama itu sendiri. Pada hari rabu ini kumpulan Metalicca akan ke Kuala Lumpur dan mengadakan satu konsert di Stadium Merdeka.
Penganjur program ini iaitu Galaxy group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out, tiket-tiket bukan murah beb, tiket mencecah RM 615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai kawan-kawan aku sanggup cuti untuk ke sana rabu ini.
Amacam Brother sewaktu umat Islam menderita di Mesir kita boleh mengadakan konsert sedemikian rupa, dimanakah sensiviti kita. Bukan aku cemburu tapi sekadar menghormati dan merasakan kesedihan penderitaan saudara kita di Mesir. Sewaktu kita sedang bersuka ria, saudara kita di bunuh tidak kah gilaa!!.. Sepatutnya kerajaan harus sensitif dalam menangani perkara ini, mana Ulama Muda Kamu?, Mana Mufti ?, Mana JAKIM ?. Di manakah mereka sewaktu golongan muda seperti aku memerlukan mereka. Adakah mereka diperlukan sewaktu pilihanraya sahaja untuk memberi fatwa bahawa Haram menyokong lawan mereka!!!..Biadap sungguh merekaa!!..
Nah ini surat dari Seorang Pemuda Batu Pahat Untuk Menteri
Surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan
Salam buat YB, Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan salam untuk kita sama-sama kekalkan semangat Syawal. Kita sesama muslim dan kami pasti YB tahu batas-batas sebagai seorang muslim, itu harapan kami.
Kami ulangi, YB telahpun dinaikkan oleh Allah swt ke jawatan Menteri Belia yang mana di dalam kerajaan yang baru mendapat mandat ini YB adalah orang yang memegang amanah dan bertanggungjawab membentuk belia-belia dalam negara ini menjadi generasi berguna, acuan sekarang di tangan YB dan YB mampu mencorak warna putih ataupun warna hitam, “up to you”.
Pada 21 Ogos 2013 dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka yang mana tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan. Saya melihat YB merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB “…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..” kenyataan itu sangat bahaya buat kami sebab cara hidup ahli kumpulan tersebut jauh tersasar daripada manusia normal dan bayangkanlah bagaimana anak muda kita menjadi cara hidup mereka sebagai ikon?.
Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.
Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?
Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat.
YB,
Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik.
Ahmad Nazri Khamis
Penyanyi (1) ABC Band
Batu Pahat, Johor

Sumber: http://www.kakisembang.com
0 comments:
Post a Comment