Tahniah KerajaanKu.. Apa Yang Rakyat Tunggu Dah Tiba.. Rakyat Didahulukan Dalam Segala Hal...


Harga petrol, diesel, gula
dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

5 comments:

  1. bagi aku insan yang kerdil ini, aku anggap sebagai dugaan aje..

    ReplyDelete
  2. aku - kalau harga barang naik setiap tahun pun ko anggap sbg dugaan ke?
    kaya sangat ke ko ni?

    ReplyDelete
  3. tu bagi aku la...aku pun hidup cukup-cukup makan aje. tapi sentiasa buat saving dan control financial aku dan keluarga agar tidak terlebih had sebab takut benda2 macam ni la...apa2 pun aku anggap dugaan dari Tuhan..yang tu kita mesti ingat...TQ

    ReplyDelete
  4. Dalam kes kenaikan harga barang ni, saya tak setuju dengan pemimpin-pemimpin negara yang suka memberi alasan dan membezakan dengan negara jiran. Cuba bezakan nilai ringgit kita dengan ringgit negara jiran, apa jadi?. Rakyat sekarang sedang memerhati tindak tanduk pemimpin. Malaysia negara demokrasi bukan negara kapitalis.

    ReplyDelete
  5. salam joe-kedah,

    yang banding membanding tu pun aku tak setuju...mana2 pemimpin yang bersuara macam tu...kita perlu tegur, bukan tolak 100%.

    tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.