SHAH ALAM, 15 Julai — Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo mengakhiri hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun hari ini.
Ketua Pembangkang DUN dijadual kembali mengambil bahagian pada persidangan pagi ini.
“Saya gembira saya masih seorang anggota (Dewan) dan gembira kerana dapat hadir kembali di Dewan,” kata Khir kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Dengan berakhirnya hukuman digantung daripada menghadiri sidang DUN selamat setahun, Khir berazam untuk terus bersuara bagi memperbaiki Selangor dan pentadbiran kerajaan negeri.
Khir telah digantung tahun lalu dan dilucutkan elaunnya oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berhubung kesalahan menghina DUN.
Pada 15 Julai tahun lalu, DUN Selangor meluluskan usul menggantung Khir selama setahun dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.
Jawatankuasa itu sebelum ini telah mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).
Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat Adun BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina Selcat di dada akhbar.
Ketika itu, Khir dalam ucapan perbahasannya mengenai usul itu sebelum melangkah keluar dewan berkata usul itu dibawa dan dibahaskan adalah bertujuan untuk menutup mulut pembangkang dalam Dewan.
Khir berkata walaupun Selcat dan jawatankuasa itu adalah jawatankuasa dewan tetapi kesalahan beliau tidak menghadiri pendengaran awam Selcat dan tindakan rakan-rakannya mengeluarkan kenyataan terhadap Selcat di akhbar tidak sepatutnya dianggap menghina Dewan.
Khir akan kembali ke DUN hari ini dalam persekitaran berbeza berbanding ketika setahun yang lalu.
Sidang DUN kali ini dijadual akan melantik seorang Adun BN selaku pembangkang sebagai ketua Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan12 hours ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 15
(27)
- Mengapa orang Penan tidak lapor polis? Sukar Sungguh2
- Video Seks: Polis Tahan Luna Maya
- Tiga Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM140,000
- Potong Subsidi Rakyat: Kerajaan jimat RM750j tahun...
- Tahniah KerajaanKu.. Apa Yang Rakyat Tunggu Dah Ti...
- Dewan Lulus Potong Elaun ADUN Seri Serdang RM1,500
- Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan
- TPM: Saya tak mahu tugas MB Selangor selesai isu p...
- Speaker: BN tak boleh tolak lantikan PAC
- Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Li...
- Kemerosotan Rezab Tunai Felda: Anak Buat Laporan K...
- Dunia Akhir Zaman: Seorang Bapa Saman Tiga Anaknya...
- Felda: Anak akan jumpa Tengku Razaleigh, PAC
- Program ‘Imam Muda” dapat liputan meluas akhbar Je...
- Kahwin muda hantui kaum India di estet
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC Selangor dibentang
- Umno Perak bagai retak menanti belah, Masing2 Nak ...
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti - Pendekatan L...
- Isu Pasir: Demo Penyokong UMNO di SUK Shah Alam
- Hebat Sangat Ke Blogger Antarabangsa Yang Tuduh DS...
- Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli
- Harakah Diperbaharui Permit - Hanya Boleh Dijual d...
- Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis
- PAS minta Menteri (MP Pasir Gudang) jelaskan pinda...
- Video2: Jika PAS & UMNO Bersatu
- Khairy Dah Mengaku Untuk Lepaskan Jawatan Ketua Pe...
- Kari Ini Ketua Pembangkang DUN Selangor Akan Kemba...
-
▼
Jul 15
(27)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment