ADUN BN Datuk Shamsudin Mohd Lias (Sungai Burong) tidak boleh menolak perlantikan sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri kerana ia merupakan satu usul yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), kata speaker Teng Chang Kim.
"Selagi sudah diluluskan dewan, terpulanglah kepada mereka untuk terima atau tidak.
"Tetapi dari sudut dewan, usul sudah lulus melainkan ada usul untuk meminda (keputusan itu) dibentangkan," kata Teng ketika ditanya sama ada BN boleh menolak pelantikan itu.
DUN Selangor hari ini meluluskan usul untuk melantik Shamsudin sebagai pengerusi PAC, yang dianggap sebagai satu sejarah.
Ia diluluskan walaupun dibantah oleh wakil rakyat BN sewaktu usul itu dibahaskan dan kemudiannya mereka mengundi menolaknya.
Bercakap dalam sidang media selepas DUN berhenti rehat tengah hari tadi, DUN menjelaskan sekiranya pengerusi jawankuasa itu tidak menjalankan tugasnya, jawankuasa itu masih boleh berfungsi seperti biasa.
"Mana-mana anggotanya boleh dilantik bagi mempengerusikan jawatankuasa itu," katanya apabila ditanya berhubung tindakan yang boleh dikenakan terhadap Shamsudin sekiranya tidak menjalankan tugasnya.
Teng juga mempersoalkan tindakan ADUN BN cuba menolak usul tersebut kerana dakwanya perkara itu telah dipersetujui dengan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sendiri.
Tambahnya, cadangan awal itu telah dinyatakan kepada Dr Mohd Khir dalam pertemuan mereka di pejabat speaker.
"Kalau mereka (pembangkang) ikhlas, kenapa dari mula lagi mereka tidak bantah," katanya sambil mendakwa pendirian ADUN BN tidak konsisten.
Justeru, Teng berharap isu tersebut tidak dipolitikkan bagi tujuan "fahaman sempit politik".
Beliau juga menjelaskan, nisbah anggota jawatankuasa itu - dua daripada BN dan lima daripada Pakatan - dibuat menurut peruntukan berdasarkan nisbah keanggotaan dalam dewam.
"BN ada 1/3 (dalam dewan). Jadi dua (anggota PAC) daripada tujuh itu paling hampir," jelasnya yang juga ADUN Sungai Pinang.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan14 hours ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 15
(27)
- Mengapa orang Penan tidak lapor polis? Sukar Sungguh2
- Video Seks: Polis Tahan Luna Maya
- Tiga Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM140,000
- Potong Subsidi Rakyat: Kerajaan jimat RM750j tahun...
- Tahniah KerajaanKu.. Apa Yang Rakyat Tunggu Dah Ti...
- Dewan Lulus Potong Elaun ADUN Seri Serdang RM1,500
- Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan
- TPM: Saya tak mahu tugas MB Selangor selesai isu p...
- Speaker: BN tak boleh tolak lantikan PAC
- Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Li...
- Kemerosotan Rezab Tunai Felda: Anak Buat Laporan K...
- Dunia Akhir Zaman: Seorang Bapa Saman Tiga Anaknya...
- Felda: Anak akan jumpa Tengku Razaleigh, PAC
- Program ‘Imam Muda” dapat liputan meluas akhbar Je...
- Kahwin muda hantui kaum India di estet
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC Selangor dibentang
- Umno Perak bagai retak menanti belah, Masing2 Nak ...
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti - Pendekatan L...
- Isu Pasir: Demo Penyokong UMNO di SUK Shah Alam
- Hebat Sangat Ke Blogger Antarabangsa Yang Tuduh DS...
- Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli
- Harakah Diperbaharui Permit - Hanya Boleh Dijual d...
- Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis
- PAS minta Menteri (MP Pasir Gudang) jelaskan pinda...
- Video2: Jika PAS & UMNO Bersatu
- Khairy Dah Mengaku Untuk Lepaskan Jawatan Ketua Pe...
- Kari Ini Ketua Pembangkang DUN Selangor Akan Kemba...
-
▼
Jul 15
(27)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment