SEREMBAN, 15 Julai — Perkahwinan seawal usia 12 tahun masih lagi banyak berlaku dalam kalangan kaum India di estet di Negeri Sembilan antaranya disebabkan tahap pendidikan yang rendah.
Sami Kuil Mariamman di Ladang Geddes yang hanya mahu dikenali sebagai Velanaranie, 78, berkata bahawa pada tahun 2009 sahaja, beliau sudah mengkahwinkan lima pasangan kekasih yang masih muda.
“Kelima-lima pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka tetapi cuma mengikat Thali (tali sebagai simbol pernikahan). Dua orang pengantin perempuan yang saya nikah itu langsung tidak mempunyai kad pengenalan,” katanya kepada Bernama.
Masalah lahir tanpa dokumen dan ketiadaan kad pengenalan merupakan satu lagi isu biasa dalam kalangan kaum India yang tinggal di estet.
Dalam kelima-lima kes itu, Velanaranie mengkahwinkan mereka tanpa kehadiran ahli keluarga.
Beberapa orang daripada pasangan itu tidak pernah menamatkan alam persekolahan mereka.
Velanaranie berkata beliau difahamkan terdapat sekurang-kurangnya enam pasangan yang lari dari rumah di ladang itu pada usia di bawah 18 tahun.
“Antara sebab perkara ini terjadi adalah ibu bapa tidak benarkan mereka untuk berkahwin, jadi mereka meninggalkan rumah. Ada juga yang berkahwin kerana sudah mengandung,” katanya.
Ketua Kampung Ladang Geddes, Tam Lui Chong, 56, berkata masalah perkahwinan seperti itu menyebabkan ramai keluarga India di ladang itu mempunyai anak yang tidak pernah didaftarkan kelahiran mereka.
“Akibatnya keturunan yang selepas itu mengikut jejak emak bapa dia. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah, cuma masalahnya, pengetahuan am mereka sangat kurang,” katanya.
Semasa bancian daftar mengundi di buat baru-baru ini, daripada 160 orang yang mendaftarkan diri, 20 orang masih menggunakan kad pengenalan lama dan tujuh tidak mempunyai kad pengenalan langsung.
“Ini mungkin disebabkan mereka kurang pendidikan dan menjadikan mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar mereka,” katanya.
Pemandu lori, K. Naryanan, 24, mengahwini isterinya, M. Kaladevi, 21, ketika wanita itu berusia 15 tahun di Ladang Geddes.
Naryanan, yang berhenti sekolah pada Tahun Enam, mengakui dia sudah belajar bercinta pada usia 14 tahun dan kahwin semasa berusia 18 tahun selepas Kaladevi mengandung.
“Saya beritahu keluarga, kekasih saya sudah mengandung dan mahu mengahwininya, tetapi mereka menentang hasrat saya dan saya keluar dari rumah untuk kahwin dengan Kaladevi,” katanya.
Naryanan yang berpendapatan RM600 sebulan mengaku menyesal dengan perbuatannya kerana gajinya hari ini tidak mencukupi, menyebabkan dia dan isteri serta empat anak mereka tinggal dalam sebuah rumah kecil dengan satu tandas tanpa sebarang bilik.
Walaupun miskin, Naryanan tidak pernah memohon sebarang bantuan daripada kerajaan, kerana beliau sendiri tidak tahu adanya bantuan seperti yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerana jarang membaca akhbar.
Kaladevi pula berkata beliau tidak pernah bersekolah dan keluar dari rumah kerana perkahwinannya dengan Naryanan tidak direstui oleh ibu bapa.
“Saya ada empat orang anak. Anak sulung saya yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana suami tidak mampu,” katanya. — Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 15
(27)
- Mengapa orang Penan tidak lapor polis? Sukar Sungguh2
- Video Seks: Polis Tahan Luna Maya
- Tiga Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM140,000
- Potong Subsidi Rakyat: Kerajaan jimat RM750j tahun...
- Tahniah KerajaanKu.. Apa Yang Rakyat Tunggu Dah Ti...
- Dewan Lulus Potong Elaun ADUN Seri Serdang RM1,500
- Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan
- TPM: Saya tak mahu tugas MB Selangor selesai isu p...
- Speaker: BN tak boleh tolak lantikan PAC
- Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Li...
- Kemerosotan Rezab Tunai Felda: Anak Buat Laporan K...
- Dunia Akhir Zaman: Seorang Bapa Saman Tiga Anaknya...
- Felda: Anak akan jumpa Tengku Razaleigh, PAC
- Program ‘Imam Muda” dapat liputan meluas akhbar Je...
- Kahwin muda hantui kaum India di estet
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC Selangor dibentang
- Umno Perak bagai retak menanti belah, Masing2 Nak ...
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti - Pendekatan L...
- Isu Pasir: Demo Penyokong UMNO di SUK Shah Alam
- Hebat Sangat Ke Blogger Antarabangsa Yang Tuduh DS...
- Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli
- Harakah Diperbaharui Permit - Hanya Boleh Dijual d...
- Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis
- PAS minta Menteri (MP Pasir Gudang) jelaskan pinda...
- Video2: Jika PAS & UMNO Bersatu
- Khairy Dah Mengaku Untuk Lepaskan Jawatan Ketua Pe...
- Kari Ini Ketua Pembangkang DUN Selangor Akan Kemba...
-
▼
Jul 15
(27)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment