Oleh Mohd Nazree Yunus
Komen-komen pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafie Apdal tentang Anwar adalah agen CIA begitu dangkal. Semua serangan ini adalah bertujuan untuk memburukkan imej Anwar sekaligus menutup hubungan kerajaan Umno-Apco.
Tetapi pelik untuk kita fahami pemikiran pemuka Umno-BN ini. Disuatu masa hendak menangkap Raja Petra Kamarudin atas alasan tulisannya di MalaysiaToday adalah fitnah dan tidak berasas dalam mengaitkan Rosmah Mansor, Najib dan lain-lain atas tragedi pembunuhan Altantuya yang mungkin ada kaitannya dengan komisen kapal selam.
Namun hari ini pak menteri Umno (Muhyiddin, Shafie Apdal, Rais Yatim, Hishamuddin Hussein) pula mula percaya pada sumber blogger antarabangsa yang boleh dipertikaikan kebenaran beritanya.
Jika mereka desak untuk laporan blogger tersebut disiasat, maka siasatan awal perlu dibuat juga ke atas Najib berkaitan isu pembelian kapal selam dalam laporan media di Perancis. Apakah Malaysia menolak hubungan dengan CIA? Jika dahulu mempertikaikan kredibiliti blogger namun hari ini sandaran pak menteri Umno untuk melakukan serangan peribadi kepada Anwar Ibrahim juga adalah bersumberkan web/blogger.
Akhbar perdana naungan Umno-BN seperti Mingguan Malaysia turut serta melaporkan informasi blogger dari New York, bernama Elaine Meinel Supkis yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah “agen CIA” di dalam sebuah tulisan yang dipaparkan di blognya. Pimpinan Umno-BN minta supaya rakyat jangan percaya blogger tetapi hari ini pak-pak menteri Umno-BN pula yang sudah terpengaruh dengan blogger.
Jika mereka percaya blogger maka secara simboliknya mungkin sudah ada dikalangan pak menteri Umno-BN dan pemimpin kanan yang lain sudah mula mempercayai info blogger berkaitan skandal Najib (kapal selam & Altantuya) termasuk apa yang dikatakan oleh RPK (Raja Petra Kamarudin).
Jika Anwar Ibrahim agen CIA, mengapa perlu untuk beliau membayar CNN bagi mendapatkan ruangan untuk diwawancara oleh CNN? Setiap minggu Anwar boleh ditemuramah CNN jika dia agen CIA. Ini mungkin berbeza dengan Rosmah Mansor yang mungkin terpaksa membayar New York Times demi memastikan beliau yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Najib Razak dimahsyurkan sebagai 'First Lady' dalam akhbar tempatan Amarika Syarikat pada 16 April lepas.
Persoalannya kepada kita, dengan wang siapakah membiayai Rosmah Mansor? Apakah ini mungkin duit rakyat? Mungkin pemuka Umno-BN ada jawabannya.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan12 hours ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 15
(27)
- Mengapa orang Penan tidak lapor polis? Sukar Sungguh2
- Video Seks: Polis Tahan Luna Maya
- Tiga Lelaki Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM140,000
- Potong Subsidi Rakyat: Kerajaan jimat RM750j tahun...
- Tahniah KerajaanKu.. Apa Yang Rakyat Tunggu Dah Ti...
- Dewan Lulus Potong Elaun ADUN Seri Serdang RM1,500
- Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan
- TPM: Saya tak mahu tugas MB Selangor selesai isu p...
- Speaker: BN tak boleh tolak lantikan PAC
- Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Li...
- Kemerosotan Rezab Tunai Felda: Anak Buat Laporan K...
- Dunia Akhir Zaman: Seorang Bapa Saman Tiga Anaknya...
- Felda: Anak akan jumpa Tengku Razaleigh, PAC
- Program ‘Imam Muda” dapat liputan meluas akhbar Je...
- Kahwin muda hantui kaum India di estet
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC Selangor dibentang
- Umno Perak bagai retak menanti belah, Masing2 Nak ...
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti - Pendekatan L...
- Isu Pasir: Demo Penyokong UMNO di SUK Shah Alam
- Hebat Sangat Ke Blogger Antarabangsa Yang Tuduh DS...
- Tolak Usul Isu Penan Bukti Umno-BN Tidak Peduli
- Harakah Diperbaharui Permit - Hanya Boleh Dijual d...
- Bala dedah keterangannya pada pendakwa Perancis
- PAS minta Menteri (MP Pasir Gudang) jelaskan pinda...
- Video2: Jika PAS & UMNO Bersatu
- Khairy Dah Mengaku Untuk Lepaskan Jawatan Ketua Pe...
- Kari Ini Ketua Pembangkang DUN Selangor Akan Kemba...
-
▼
Jul 15
(27)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment