Sultan Kelantan ke Singapura untuk rawatan susulan

KOTA BARU, 15 Julai — Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra berlepas ke Singapura hari ini bagi menjalani rawatan susulan.

Baginda menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dengan diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Turut berada di lapangan terbang itu bagi menghantar baginda ialah Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias serta anggota-anggota exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Jumaat lepas Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Ahmad berkata bahawa Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menukar tiub di perut baginda yang berfungsi untuk menyalurkan makanan.

Sebelum ini, baginda dirawat di hospital yang sama kerana masalah jantung. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.