Carrefour telah menjual Unitnya di Malaysia, Bakal Menutup Operasinya Di Malaysia??

Kasihan benar melihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan, Si Ismail Sabri Yaakob (foto), yang menggelabah dan sanggup menipu rakyat ketika menjawab soalan panas berhubung isu pasaraya besar Carrefour dikatakan mahu menutupkan operasi perniagaannya di negara ini. Biar pun berita itu belum sahih sepenuhnya, namun kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan dalam agensi berita ternama Reuterssemalam.

Antara lain melaporkan bahawa Carrefour telah menjual unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura. Bahkan syarikat itu juga merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara terbabit. Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa penjualan tersebut dilakukan oleh Bank Pelaburan Goldman Sachs dan UBS. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba Ismail Sabri dengan angkuhnya mengatakan berita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

Beliau menganggap ianya khabar angin selagi belum mendapat penjelasan rasmi daripada pengurusan syarikat itu sendiri. Kenyataan Ismail Sabri ini ialah kerana beliau merasa malu, sebagai menteri yang bertanggungjawab tiba-tiba ada pelaburan besar oleh rangakaian pasaraya besar dari Perancis itu menamatkan operasinya di negara ini. Kononnya jika benar Carrefour menutup operasi, ia tiada kaitan dengan pasaran di negara kita.

Malah Ismail juga cuba menipu bahawa setiap hari banyak syarikat pasaraya besar mahu buka cawangan di negara ini dan kementeriannya meluluskan kerana mengikut prosedur. Nampak benar Ismail Sabri menipu dalam hal ini. Mana mungkin setiap hari ada pasaraya besar memohon buka cawangan di negara ini. Ikut logik akal, jika enam bulan atau setahun sekali mungkin boleh diterima. Namun, kalau hari-hari ia jelas menunjukkan yang menteri itu mahu membuktikan kehebatan beliau sebenarnya.

Walhal, pelaburan asing gusar menanam modal di negara ini kerana melihat sebuah kerajaan yang jelas tidak menghormati undang-undang itu sendiri. Mungkin juga Carrefour gusar dengan senario politik di negara ini, tambahan pula terdapat isu panas antara kerajaan Malaysia dengan Perancis berhubung isu Altantunya dan kapal selam Scorpene yang dikatakan penuh dengan skandal itu.

[Terkadang kita hairan dengan sikap Ismail Sabri yang sanggup berbohong ini. Beliau memang tidak layak menjadi Menteri KPDNKK sebenarnya. Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat sejak beliau berada disitu. Buktinya, rakyat sering dihimpit dengan masalah kekurangan bekalan gula dipasaran. Malahan, di kawasan parlimen beliau sendiri pun (Bera) turut mengalami masalah yang sama. Semua ini adalah dek kerana kegagalan beliau menerajui kementerian itu dengan sebaiknya. Akibat kekangan yang berterusan kepada para peniaga inilah yang akhirnya menyebabkan pengurusan pasaraya Carrefour ingin menanamtkan operasi perniagaannya di negara ini.

Ismail Sabri tidak perlu menipu kononnya setiap hari ada saja permohonan membuka pasara besar yang diterima oleh kementeriannya. Bukankah beliau sedar bahawa pihak kerajaan sebelum ini sudah mengeluarkan arahan supaya mengawal kemasukan pasaraya besar yang dilihat mengancam perniagaan rakyat tempatan. Maka itu, apakah belai sedar apa yang telah beliau ucapkan kepada media di lobi parlimen hari ini?].
PDO.

**********************************************************

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan Carrefour berikutan laporan media mengenai rangkaian pasaraya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menganggap perkara itu sebagai khabar angin selagi belum mendapat penjelasan Carrefour.

"Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat pengusaha antarabangsa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan agensi berita Reuters semalam bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.

La
poran yang hanya memetik sumber itu memaklumkan penjualan itu dilakukan dengan bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS.

Ismail Sabri berkata, sekiranya dakwaan itu benar, beliau tidak menganggap tindakan Carrefour itu mempunyai kaitan dengan keadaan pasaran di Malaysia.

"Ia tiada kena mengena dengan pasaran kita. Kalau kita lihat, permohonan syarikat pasaraya besar hendak buka cawangan di Malaysia kita terima setiap hari dan banyak yang kita tidak luluskan sebab berdasarkan prosedur yang kita tetapkan," katanya.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.