Datuk A Samad Said menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai "kurang berbudaya" apabila mempersoalkan apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara itu.
"Kalau dia (Rais) tanya apa lagi yang sama mahukan, kalau dulu dia bertanya, saya akan huraikan. Cuma caranya bertanya itu kurang berbudaya.
"Maka sekarang, saya (jawab) tidak mahu apa-apa lagi daripada dia (Rais)," kata A Samad ketika diminta mengulas kenyataan Rais minggu lalu bahawa terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya.
Rais, menjawab kekecewaan A Samad terhadap layanan kementeriannya dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya dilaporkan berkata, hampir RM485,000 buku-buku sasterawan itu, tidak termasuk sajak telah dibeli.
A Samad sebelum itu dilaporkan mahu menempatkan khazanah yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatannya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan bahawa beliau menjual, justeru tidak ada langsung konsep "hutang budi" dalam perkara tersebut.
"Kalau saya ada duit, saya mahu ambil balik. Berdegar sangat beliau (Rais) bercakap. Ia sepatutnya sesuatu yang peribadi dan menjadi rahsia," kata Sasterawan Negara ketiga itu.
Menurut beliau, khazanah berharga itu termasuklah buku-buku tulisannya, manuskrip, diari, proses penciptaan, surat-menyurat, rekod-rekod lagu dan lukisan - sebahagiannya dibeli daripada pengkarya muda di seluruh negara.
Ada antaranya telah sudah disimpan selama 50 tahun, kata pengarang yang terkenal dengan novel Salina itu.
Sementara itu, ditanya tentang status rundingannya dengan pihak asing, A Samad memberitahu beliau agak "keberatan" mendedahkannya buat masa ini kerana ia adalah "rahsia".
"Yang boleh saya katakan, ada (bahan) yang sudah setuju, ada yang belum," katanya yang tidak dapat menjangkakan bila rundingan bagi penempatan di rumah New Zealand bakal selesai.
Tambahnya, jika perkara tersebut menjadi kenyataan, akan terdapat sebuah rumah di negara Kiwi itu yang menempatkan karya-karyanya "seperti Rumah Tagore di India, Rumah Shakespeare di Barat dan Rumah Iqbal di Pakistan."
Ditanya apakah beliau tidak sayang karya dan koleksinya yang amat itu hilang daripada tangannya, Pak Samad menjawab mesra:
"Iya, cuma hilang daripada saya...."
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
July
(467)
-
▼
Jul 07
(29)
- Maya Karin Dan Suami Didenda Masing2 RM1,000.00
- Jom Kita Tengok Berapa Elaun Speaker Dewan Rakyat ...
- Mahkamah Tinggi: Saman DS Anwar terhadap Khairy - ...
- Laporan Isu Penan: Pesuruhjaya Polis Sarawak Naik ...
- Tempoh 2000 - 2009: 257,000 kelahiran tanpa bapa y...
- Jawapan PM Najib Kepada MP Mahfuz Menimbulkan Pers...
- MP Sibuti Tidak selesa di Parlimen dikejarkan ke h...
- MP Sibuti Pengsan di Parlimen dikejarkan ke hospit...
- Sasterawan Negara: 'Rais menteri budaya yang kuran...
- RM100 satu Kaki Persegi Dibayar Kepada Kontraktor ...
- Nah... Utusan Dah Mula Belasah Saya : Dato' Zaid
- Penyelewengan Dalam Permodalan Kedah Berhad di Mas...
- MP Bukit Bendera Membidas Kerajaan BN Projek "Gaja...
- Pengacara Nona Ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lu...
- Tempahan Air Asia Tak Beroperasi 3 Hari Mulai 9 - ...
- Kilang Percetakan "Angkatan Edaran" Diserbu dan Di...
- Pekerja KTM adakan Demo Petang Ini
- Felda Tetap Akan Saman Suara Keadilan - PM Najib
- Mari Kita Bongkar Penyelewengan BN Kedah, Satu Per...
- UMNO Berjanji Rumah PPRT Kepada Keluarga Yusof Wah...
- Kemalangan Berganda: 6 Parah, 19 Cedera di Lebuhra...
- Zul Lawyer Tak Baca Perlembagaan PAS, Dok Rasa Mas...
- DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala di Londo...
- Suara Perkasa Sekadar Diberi AMARAN KERAS... Siapa...
- 52 Soalan Penyelesaian Kes Pembunuhan Altantunya o...
- Keputusan separuh akhir Piala Dunia 2010: URUGUAY ...
- Keputuan TM Liga Super: Kedah Sekadar Seri dengan ...
- 50 Soalan Yang Tak Memerlukan Jawapan.. Sekadar Mu...
- Carrefour telah menjual Unitnya di Malaysia, Bakal...
-
▼
Jul 07
(29)
-
▼
July
(467)
0 comments:
Post a Comment