Tempahan Air Asia Tak Beroperasi 3 Hari Mulai 9 - 11 Julai - Naik Taraf Sistem

KUALA LUMPUR 7 Julai – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd., akan menutup sementara sistem penempahan semasanya selama tiga hari mulai Jumaat bagi digantikan dengan sistem baharu yang boleh menampung pertumbuhan semasa syarikat itu.

Sebagai sebahagian dari proses pelaksanaan sistem itu, perkhidmatan penempatan AirAsia, akan hentikan sementara dari jam 1.00 petang waktu Malaysia (GMT 8) pada Jumaat (9 Julai) hingga jam 6.00 petang waktu Malaysia pada 11 Julai (Ahad).

Ketua Serantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan berkata, para pelanggan sangat digalakkan membuat tempahan beberapa hari sebelum 9 Julai (1.00 petang) untuk mengelakkan kekecewaan.

Katanya, sistem baharu itu akan diwujudkan mulai jam 6.00 petang, 11 Julai.

"Sistem semasa, yang kini berusia 20 tahun, tidak lagi dapat menampung pertumbuhan semasa kami. Sebelum ini, sistem itu hanya dapat menampung sehingga setengah juta sehari.”

"Dengan pemasangan sistem baharu itu, ia berupaya menempah kepada hampir sejuta penerbangan sehari,” katanya kepada taklimat media di sini hari ini.

AirAsia akan membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi tahun pertama pengoperasian sistem baharu itu. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.