KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin, 31, dan suaminya Muhammad Ali atau Steven David Shorthose, 40, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu kerana bernikah tanpa kebenaran.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu selepas menerima permohonan pendaftaran pasangan tersebut pada 24 Jun lalu secara tertutup di kamar hakim.
Maya enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara baik.
Difahamkan kes pasangan tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.
Maya dan Muhammad Ali diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio Itali pada 14 Ogos 2008.
Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.
Selepas dua tahun bernikah, mereka dikatakan menghadapi krisis rumah tangga.
0 comments:
Post a Comment