Pekerja KTM adakan Demo Petang Ini

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) akan menggerakan lebih 3,000 ahlinya di seluruh negara bagi berpiket menentang penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Piket tersebut akan diadakan di perkarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Hishamuddin di ibu negara pada jam 5.30 petang ini.

Menurut presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan, perhimpunan petang ini juga bagi mendesak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletakkan jawatan.

"Sekiranya beliau enggan letak jawatan maka kementerian kewangan hendaklah menilai kedudukan presiden KTMB melalui KPI (Indeks Petunjuk Utama)," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah itu, antaranya kerana tindakan menganaksyarikatkan pengendali ETS didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.

Katanya kira-kira 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam hari ni manakala satu lagi piket dirancang diadakan di 10 cawangan di seluruh negara pada 21 Julai.

Kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.