Keputusan separuh akhir Piala Dunia 2010:
URUGUAY 2 - 3 HOLLAND
CAPETOWN: Holland melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 selepas menyingkirkan saingan Uruguay 3-2 dalam perlawanan peringkat separuh akhir sebentar tadi.Lawan Holland di perlawanan akhir akan ditentukan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Jerman dan Sepanyol pada 2.30 pagi esok waktu Malaysia.
Belanda mempamerkan permainan klasik untuk mencipta sejarah memperoleh tiket di final kejohanan Piala Dunia 2010 — julung kali sejak tahun 1978 dengan menewaskan Uruguay 3-2 awal pagi tadi.
Pasukan Oranje ini meneruskan permainan tanpa kalah di benua Afrika Selatan dengan jaringan menerusi kapten mereka seawal minit ke-18, sekali gus meletakkan keyakinan untuk menjaringkan tambahan dua gol di separuh masa kedua.
Gol Belanda dijaringkan oleh Giovani van Bronckhorst, Wesley Sneijder dan Arjen Robben untuk menumpaskan juara dua kali Uruguay dari Amerika Latin.
Kemenangan ini juga mengesahkan final edisi Piala Dunia 2010 ini dikuasai pasukan Eropah.
Belanda akan bertemu sama ada Jerman atau Sepanyol — yang pemenangnya akan ditentukan awal pagi esok.
Final kali ini akan berlangsung awal pagi Isnin (waktu Malaysia) di sini.
Van Bronckhorst menjaringkan gol dari jarak 30 kaki (10 meter) yang cukup menarik — tendangan dari sebelah kiri yang membawa bola bergerak masuk ke arah hujung atas sebelah kanan pintu gol, lalu mencium tiang sebelum masuk.
Bintang Uruguay Diego Forlán, juga kapten pasukannya, menyamakan kedudukan pada akhir separuh masa pertama, juga dengan jaringan jarak jauh 26 kaki (kira-kira sembilan meter).
Meskipun Uruguay mempamerkan permainan menarik pada separuh masa kedua, tetapi gol kontroversi pada minit ke-70 daripada Sneijder membawa Belanda mendahului permainan 2-1.
Tiga minit kemudian Robben menjaringkan gol ketiga buat Belanda.
Ketika Belanda meneruskan permainan dengan penuh keyakinan yang ia sudah memasuki final, Uruguay menjaringkan gol kedua pada waktu kecederaan minit ke-92 menerusi Maxi Pereira.
Uruguay cuba menghabiskan perlawanan dengan mencari gol penyamaan tetapi gagal berbuat demikian.
Belanda tewas kepada Argentina dalam pertemuan akhir pada 1978.
Final tahun ini merupakan yang ketiga bagi Belanda dalam kejohanan Piala Dunia.
Belanda menempah tempat di akhir dengan menewaskan Denmark 2-0, Jepun (1-0) dan Cameroon (2-1) dalam perlawanan Kumpulan E sebelum menumpaskan Slovakia 2-1 di pusingan kedua dan Brazil di suku akhir juga 2-1.
0 comments:
Post a Comment