MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA di Ekspo Kedah


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT KEDAH

ALOR SETAR: Seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis kesyukuran yang akan diadakan sempena Ekspo Sambutan 2 Tahun Pakatan Rakyat Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut pada hari Jumaat, 12 Mac depan, jam 7.00 malam.

Majlis tersebut akan dipimpin tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa bermula dengan solat Maghrib berjamaah, solat hajat dan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan aturcara sambutan yang berlangsung selama seminggu dari 8 Mac hingga 14 Mac.

Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, selama ini telah menjadi amalan dalam PAS mengadakan munajat sebagai usaha memohon kemenangan.

Maka katanya, apabila telah diberi kemenangan, usaha seumpama perlu diteruskan tetapi sebagai menyatakan kesyukuran atas kurniaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar majlis seumpama menjadi intipati seluruh pendokong dan penyokong dalam meraikan nikmat kemenangan dan kejayaan dapat mentadbir dengan baik sebagai kesyukuran kepada Allah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.