Mahkamah Sengaja Lengah Kes Qazaf : ANWAR

.

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sengaja melengahkan-lengahkan pendengaran kes permohonan qazaf yang difailkannya.

Beliau memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat beliau.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata, tiga responden yang dinamakannya iaitu Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Jamil Khir Baharom lebih mengikut telunjuk pimpinan Umno dalam kes berkenaan.

"Mereka bercakap soal sumpah, soal syariah, jadi teruskan (membicarakan kes qazaf) di Mahkamah Syariah. Ini forum yang tepat untuk memutuskan soal sumpah atau soal syariah.Tetapi ternyata mahkamah mencari helah tidak mahu mendengar kes ini.

"Ini bagi saya cukup aneh, cukup janggal dan cukup memalukan bagaimana ustaz-ustaz yang ditugaskan dalam kes ini menghukum orang bawahan dan memilih untuk mendengar arahan orang atasan. Ini satu kejanggalan yang harus kita tentang," katanya kepada pemberita di luar kamar mahkamah selepas perbicaraan kes berkenaan.

Anwar membuat permohonan qazaf pada 7 Januari lepas dan 9 Februari lalu, Jamil bersama dua responden memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf tersebut.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen itu adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, peguam Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman dalam penghujahannya memohon agar mahkamah syariah terus mendengar kes itu dan membantah tuntutan responden.

Beliau juga menolak hujah peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tidak boleh mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah dalam membicarakan kes qazaf itu.

Beliau berkata, jika mahkamah memutuskan bahawa mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie itu mendakwa Saiful, Anwar boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil.

"Tapi adakah kita mahu kes-kes melibatkan orang Islam didengar di mahkamah sekular dan didengar oleh hakim bukan Islam?” soalnya.

Bilik mengatakan bahawa jika mahkamah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan Ketua Syariah perundangan untuk kos kemudiannya Anwar boleh membawa kasusnya ke mahkamah sivil.

"Tapi apakah kita ingin isu yang mempengaruhi orang-orang Muslim untuk didengar di mahkamah sekular dan oleh seorang hakim yang bukan Islam?" soalnya.

Mahkamah menetapkan 14 April ini untuk membuat keputusan berhubung bantahan awal itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.